LUAHAN HATI

glitter graphics welcome

Melakar langit sejarah Membina awan impi Bila aku menjejak Ia menjadi pasti Letakkan dunia di telapak kakiku biar kupijak Tanamkan akhirat pada jiwaku biar kurindu Sisipkan cinta dalam hatiku biar aku menjadi aku Langit tunggu ku tawan Bumi tunggu kulakukan perubahan Kalamku adalah pedang Gerakku adalah tsunami Tulisanku adalah arang yang menyemarakkan api Seluruhku adalah penggegar bumi Ilahi hanya aku seorang hamba

Tuesday, October 19, 2010

aNDaI itU taKdIR CiNta ( 9)

Tanpa disedari sudah hampir  sebulan Amyra tinggal di rumah Ariana. Ariana akui kehadiran temannya itu benar benar memberi impak kepadanya. Secara tidak langsung idea yang diberi Ilham seratus persen boleh diterima pakai. Lihat sahaja dirinya sekarang. Dia sudah tidak keluar malam. Masanya banyak dihabis kan dirumah. Dan ada ketikanya Ilham akan menemaninya di hari minggu. Bahagia.. ya hatinya bahagia. Ariana akui hatinya senang dengan perubahan yang berlaku pada dirinya itu.
            “Ariana stop berangan k, your hubby is calling” Amyra berkata sambil membaling bantal hias sofa tepat ke muka Ariana yang dilihatnya ralat berangan. Telefon berbunyi macam nak runtuh bumi pun boleh aje dia tak sedar. Hatinya membebel sendiri.
            “Wekk.. bukan berangan k. Saya ngah fikir la” Ariana turut membalas serangan hendap Amyra sambil tangannya menekan button ‘on’ di handsetnya itu.
            “Assalamualaikum..”
            “Wassalam.. hai awak..”
            “Ngah buat apa” Ilham bertanya tenang. Rindu dia pada suara itu. Hampir seminggu tidak berjumpa Ariana kerana tuntutan kerja membuatkan perasaannya semakin mekar buat gadis itu.
            “Tak de buat apa pun. Ni hah Myra ni, asyik kacau saya jer. Awak tolong saya slap dia boleh tak” Ariana mengadu sambil tone suaranya sengaja dikuatkan. Sengaja mahu Amyra mendengar.
            “Woii!! Mana ader. Ouhh.. mengadu yer” Amyra menjerit nyaring sebaik sahaja mendenghar aduan temannya itu. Lantas tangannya mencubit pinggang Ariana kuat. Geram betul dia dengan telatah Ariana yang sengaja mahu menyakatnya itu.
            “Awak.. sakit la. Sakit.. lepas..auch.. tolong tolong... Am tengok la ni. Dia jahat..” Tangan Amyra yang mencubitnya segera ditepis tepis.
            “Ish Fea ni. Dah la tu mengacau. Mati anak orang tu dikerjakan. Fea ngan kawan Fea tu sama jer, suka sangat menyakat. Padan sangat la tu..” Ujarnya memberitahu. Bukan dia tidak kenal Ariana dan Amyra. Suka sangat mengusik dan diusik.
          Ariana menjuihkan bibirnya. Tidak berpuas hati.. “Mana ada”
            “Elehh. Da sayang, jom keluar. Dah lama tak jumpa kan? Fea siap, setengah jam lagi saya datang.. tau..” Arahnya pula. Laju sahaja bibir nya berkata ‘sayang’ biarpun dia dan Ariana tidak punya hubungan rasmi lagi. Benar benar sayang barangkali.
            “Ok.. bye” Sebaik sahaja talian diputuskan. Ariana lantas berdiri.. “Attention please!! Saya nak keluar pergi dating. Cik Amyra tak keluar date ngan En. Haikal ker..” Matanya dikenyit sebelah. “Cik Myra jangan jelous tau. Tak per nanti saya suruh My Ilham kim salam kat your hubby ya. Daaa jangan jelous.. wekkk” Seusai berkata dia berlari anak menuju ketingkat atas sambil mengekek ketawa. Puas hati dapat melihat wajah temannya yang sudah kemerah merahan apabila disakat menggunakan nama Haikal.
            “Arianaaaaaaaaaa” Amyra menjerit sambil bercekak pinggang. Tension betul aku ngan minah sorang ni. Perangai macam budak kecik. Saja la tu nak mengacau. Dia membebel sendiri. Seketika dia turut tertawa. Tidak tahan dengan aksi Ariana yang mengalahkan anak kecil padahal umurnya sudah menginjak ke 20 tahun..eii..

Sebaik sahaja kereta diparkir di parking  lot Sunway Pyramid mereka berdua lantas menuju ke dalam Shopping Complex itu. Ariana yang sedari tadi riang berceloteh mula mengerutkan dahinya. Tidak pasti kemana arah tujuan sebenar mereka berdua. “Am, kita nak gi mana ni?”
            “Shopping! Hari ni saya nak belanja awak shopping. Hari ni saya dapat gaji tau” Ilham bersuara bersungguh sungguh. Sempat matanya dikenyit buat Ariana.
            Ariana terpegun. Langkahnya terhenti. Tidak sampai satu minit kemudian dia sudah melepaskan tawanya. Kelakar.
            “La yang awak ketawa kenapa? Lucu ker?” Ilham bertanya pelik tidak puas hati.  Geram pula dia bila melihat Ariana yang sedang sakan mengetawakannya itu. Pandangan pengunjung shopping complex yang aneh melihat mereka berdua dijeling sekilas.
            “Sudah sudah la tu. Yang awak ni kenapa?”
            “Ilham.. Ilham! Jangan wat lawak sengal boleh tak? Encik Ilham awak tu dah kerja berapa lama? Kalau first gaji awak nak belanja saya, bolehla consider nak celebrate. Ini dah berapa lama awak kerja? Dah berapa lama kita kenal? Lawak la awak ni.. hua hua hua..”  Ariana meneruskan tawanya lagi.
           Ilham yang tidak berpuas hati langsung mara kehadapan meninggalkan Ariana jauh kebelakang. Salah kah dia jika ingin menghabiskan waktunya dengan Ariana? Salahkah dia jika wang gajinya ingin dibelanjakan buat Ariana? Walau tanpa gaji pun bukannya dia tidak mampu membelanja gadis itu. Sengaja di bagi alasan tu. Ingatkan Ariana akan terharu tetapi sebaliknya ketawa gadis itu yang menyanyi di segenap ruang pendengarannya.  Hampeh betul!! Hatinya mengumam sendiri.
            “Alaa.. la.. merajuk la tu. Saya gurau la awak. Jom.! Semangat shopping saya dah datang ni. Tu awak tengok tu” Ariana  berkata sambil menarik tangan Ilham berjalan kehadapan. Ketawanya ditahan melihatkan Ilham yang bagai tidak cukup tanah berjalan apabila tangannya ditarik laju menuju ke butik  Esprit.
            “Kenapanya?”
            “Tu dia dah melambai lambai tu. Suruh awak bayar.. hehehe!!”
            Ilham mengenjilkan matanya. Geram kerana Ariana masih mempersendakannya.
            Hampir satu jam mengelilingi mall kaki Ariana mula lenguh. Dari tadi sampai sekarang sudah hampir sepuluh jenis butik pakaian yang mereka jelajahi tetapi satu jenis pakaian pun masih tidak menjadi miliknya lagi. Mana tidaknya tidak sampai satu minit di dalam boutique, Ilham lantas mengajaknya keluar.  Sengall betul!!
          “Awak baju ni ok?” Ariana bertanya sebaik sahaja terlihat baju t-shirt biru lembut tanpa lengan itu.
          Ilham mengeleng geleng. “Tak lawa lah”
          Ish mamat ni. Geram betul la.. “Hah yang tu awak?”
          “Yang mana?”
          “Itu tu. Gaun kuning lembut tu. Yang anak patung tu pakai” Tangannya menunjuk nunjuk gaun  kuning lembut yang terdapat di depan mereka itu.
         Ilham hanya memandang sekilas. Kemudian dia mengeleng kepalanya lagi tanda tidak bersetuju. Lawa!! Memang lawa. Tapi masalahnya gaun itu mempunyai belahan di dada yang terlalu luas. Niatnya membawa Ariana keluar hari ini adalah untuk mengubah penampilan gadis itu. Dia tidak mahu Ariana berterusan memakai skirt separa paha. Bukan Dia tidak nampak wajah bengang Ariana setiap kali dia mengeleng geleng tidak setuju akan pakaian yang dipilih olehnya. Tapi apa lagi yang mampu dia lakukan dan katakan apabila melihat semua pakaian yang dipilih gadis itu?
            “Hurm.. kita pergi makan dulu boleh? Dah berbulu dah mata saya tengok semua baju ni. Nak beli tak boleh pulak. Lepas makan kita shopping balik and kali ni awak pulak yang pilih, boleh?” Akhirnya Ariana mengalah dek kerana terlalu penat. Perutnya pun kini sudah bernyanyi nyanyi kerana terlalu lapar.
            Mendengarkan kata kata Ariana, Ilham kembali bersemangat. Memang sedari tadi dirinya menunggu kata kata begitu keluar dari bibir Ariana. Supaya mudah untuk dia membuat pilihan bagi Ariana. Tangannya kemudian mengamit Ariana supaya masuk ke my Mum chicken Rice Shop memandangkan mereka kini berada benar benar berhadapan dengan restaurant itu.

“Penat?” Ilham bertanya lembut. Kesian pula dia melihat Ariana yang jauh termenung memandang makanan di hadapan mereka itu.
            Ariana tersenyum Cuma. Mana mungkin dia penat. Sudah lama dia tidak bertemu Ilham disebabkan Ilham terlalu busy jadi waktu waktu terluang sebegini tidak mungkin akan dilepaskan sebegitu sahaja. “Tak delah.. lapar!!”
            “Berapa hari dah tak makan ni?”
            “Hehehe.. Saya baru je makan tadi. Tapi itu la, asal tengok muka awak je terasa lapar asal rasa lapar je maksudnya saya tengok muka awak la tu!!” Ariana memutar belitkan ayat. Sengaja mahu membuat lelaki dihapannya itu ‘pening’.
            “Ye la tu.. so study ok??” Ilham mencebik. Sudah arif dengan perangai Ariana yang suka mempermainkannya itu.
            “Ermm ok la.. next week dah start Final
            “Ouh.. so minggu depan kita tak boleh jumpa la..”
            “Hah knaper?” Sudu ditangannya hampir terlepas. Terkejut!!
            “Exam!! Better awak focus pada study…” Dia berkata selamba.
            “Ala awak ni macam tak biasa pulak..” Ariana memerli sambil mengerakkan keningnya beberapa kali. Apa sanggup Ilham tidak berjumpanya dalam tempoh hampir sebulan itu?
            Ilham tersengih sengih. Sengaja dia berkata begitu untuk melihat reaksi Ariana. Sebenarnya dia sendiri pun tidak mampu untuk berjauhan dengan Ariana dalam tempoh lama begitu. “Lelaki tu kacau awak lagi?”
            “Lelaki tu?? Meaning.. Ha..”
            “Yups…” Ilham memintas pantas. Telinganya tidak mahu mendengar nama itu sebenarnya. Ada rasa marah dan jelous setiap kali mendengar nama lelaki lain meniti di bibir mungil Ariana. Sukar, sukar sebenarnya situasi mereka berdua itu. Untuk berterus terang dengan Ariana akan perasaan cintanya itu dia masih mahu menunggu masa yang sesuai tambahan pula masih ada ‘masalah’ yang belum dirungkai. Tetapi jauh disudut hati dia yakin Ariana turut punyai perasaan yang sama dengannya. Jikalau tidak masakan gadis itu menurut semua kemahuannya. Bukan kuasa cintakah itu?
            “Dah siap makan penampar jepun dah awak”  Seusai berkata dia menceritakan kejadian seminggu lepas kepada Ilham. Suka hatinya melihat Ilham yang nyata terkejut dengan tindakan nya itu. Namun seperti biasa Ilham tidak jemu memberinya nasihat supaya dia lebih berhati hati di masa akan datang. Mendengarkan itu Ariana tersengih Cuma.. “Relax.. Ini Ariana Sofea la.. Bumi putra commerce dekat ajer.. setakat something like that, kacang je.. hehehehe”
Setelah selesai makan mereka bergandingan pula menuju ke Boutique boutique lain. Seperti yang telah dijanjikan Ariana tadi, kini dia hanya menurut sahaja langkah kaki Ilham. Berharap Ilham mampu membuat pilihan untuk dirinya memandangkan dia sendiri sudah lelah melihat baju baju itu semua tetapi tidak mampu memilikinya.
“Sofea awak try baju ni” Ilham mengunjuk kearah gaun labuh  berwarna pink lembut  separa buku lali itu.
            Ariana tanpa sepatah kata hanya menurut. Lima minit kemudian dia keluar dari bilik persalinan sambil mengayakan gaun itu “Am.. lawa x?” Tubuhnya dipusing beberapa kali.
           Ilham yang melihat terpana seketika. Lawa.. yups gadis itu terlalu lawa. Dan disebabkan itulah dia tidak mahu orang lain melihat kecantikan Ariana biarpun Ariana bukan milik mutlaknya. “Ermm.. lawa sangat. You look so cute..” Rambut Ariana yang diikat diurai perlahan. Hampir terbuai dia melihat kecantikan gadis itu.
           Ariana tersenyum malu. Segan pula dia bila ditegur sebegitu. Namun tidak pula dia menghalang Ilham dari menguraikan pengikat getah rambutnya.  
            “Excuse me.. miss.. you look so beautiful with this gaun.. can we take your pictures”
            Mendengarkan itu Ariana dan Ilham berpaling kearah gadis ditepi mereka. Matanya terkebil kebil memandang pelancong dari luar Negara itu. Dia akhirnya menganguk tanda setuju. Alah .. ambil gambar je kot. Tak luak mana pun. Bukankah sebagai rakyat Malaysia kita harus beramah mesra dengan pelancong?
            “Sir? Could you please stand behind your wife?” Gadis itu menunjuk kepada Ilham pula.
            Ariana yang terkejut dek penangan ayat itu langsung mahu bersuara “Miss, i`m not her …”
            “Yes.. why not. Honey please came here?” Ilham memintas sebelum sempat Ariana menghabiskan kata katanya.
            “Awak!” Ariana bersuara separuh geram.
            “Syhh.. ala sekali sekala kan” Tangan Ilham memegang erat pinggangnya. Bagai terkena renjatan eletrik Ariana terus terkaku. Adoi.. sejak bila pula dia berperasaan begini. Kenapa hanya dengan lelaki ini yang bisa membuatkan system saluran nafasnya tidak betul. Bukannya tidak pernah pinggangnya dipaut Hafiz dulu. Ahh… perasaan apakah ini? Hatinya sempat berbicara sendiri.
            “Wangi rambut Fea” Ilham mengeratkan lagi pelukannya. Bagai tidak sedar keadaan sekeliling. Nyaman gadis itu berada dekat dihatinya.
            “Thank you sir” Gadis itu berkata sambil menghulurkan tangan untuk berjabat. Tanda terima kasih kepada pasangan yang dianggap suami Isteri itu.
            Sebaik sahaja mendengar suara itu Ilham bagaikan tersedar kembali kealam nyata. Dia mengucap panjang. Sambil meraup mukanya berkali kali. Kesal diatas keterlanjurannya itu. Bimbang Ariana mengangapnya mahu mengambil kesempatan. “Yes your welcome”. Melihatkan Ariana yang kembali menuju ke bilik persalinan dia menerpa gadis pelancong tadi.
            “Am.. awak cakap apa ngan dia? Awak ngorat dia ya” Ariana bertanya seusai menyalin pakaian tadi. Hairan dia melihat Ilham yang sedang bergelak ketawa dengan gadis itu sebaik sahaja dia keluar dari fitting room.
            “Rahsia. Come kita banyak lagi nak shopping ni” Selepas membayar harga Gaun itu dia menarik tangan Ariana ke boutique lain pula.
            Ariana mencebik “Ye la rahsia. Balik rumah simpan dalam guni. Ikat kuat kuat, takut terlepas”
Ilham hanya ketawa mendengarkan omelan Ariana yang jelas tidak berpuas hati dengannya.

No comments:

Post a Comment