LUAHAN HATI

glitter graphics welcome

Melakar langit sejarah Membina awan impi Bila aku menjejak Ia menjadi pasti Letakkan dunia di telapak kakiku biar kupijak Tanamkan akhirat pada jiwaku biar kurindu Sisipkan cinta dalam hatiku biar aku menjadi aku Langit tunggu ku tawan Bumi tunggu kulakukan perubahan Kalamku adalah pedang Gerakku adalah tsunami Tulisanku adalah arang yang menyemarakkan api Seluruhku adalah penggegar bumi Ilahi hanya aku seorang hamba

Monday, October 18, 2010

aNDaI itU taKdIR CiNta ( 7 )


Sebaik sahaja sampai di kamarnya Ariana berbaring di atas katil sambil mengekek ketawa. Tak tahan lawak. Senyumannya yang sedari tadi masih tidak hilang kembali memekar sebaik sahaja mendengar bunyi mesej masuk dari handset sony ericsonnya itu. Pantas tangannya menekan ‘mesej inbox’. Anak patung tedy bear dipeluk kejap. Melihat nama Ilham hatinya berbunga riang.

+ salam, Fea da tidur ker??
Dah makan?? Dah Solat??

            Dia tersenyum Cuma. Ilham.. Ilham, prihatin betul awak pada saya ya..

-wassalam, dlm proses.. Fea dah mkan,
Am?? Err.. isyak?? X lg
+dah td, knape x lg??? tak baik
lwt2an slt!!

            Sebaik sahaja membaca mesej itu, dia tersengih sendiri. Segan apabila ditegur sebegitu. Sambil menekan nekan keypad tangannya diangkat sebelah lagak orang bersumpah. Kemudian dia ketawa lagi mengenangkan kebodohannya itu. Mana tidaknya macam la orang disebelah sana nampak!

-bru lpas melepak dlm blik myra..
pasni fea solat..pasni tak lwt lagi..
promise!!

            Ilham disebelah sana melepaskan tawanya. Promise? Fea Fea. Agak agaknya tangan tu tengah buat gaya orang angkat sumpah la tu.

+ermm, k lah.. so suka dpt
teman bru??

-hahahha.. best!!

            Ilham tersenyum. Pasti itu yang terbaik untuk Ariana dan itulah doanya saban hari sebaik sahaja mengenali gadis yang bernama Ariana Sofea.

+ ye la, mana tak bestnya. Dpt
tman = kecoh ngan Fea!!

            Ariana memuncungkan bibirnya. Geram.. kalau ada kat depan dia ni, agak agak dah lama si Ilham dibaling ke laut..

-eii, perli ya.. jahat la awak..
awakk…??

+ ya sayang.. abang dekat sini….

- uit… gatal erh.. lepasni apa erh???

            Ilham yang membaca sms dari Ariana ketawa lepas. Ada ke patut aku dikatanya gatal?

+ apa??.. p/s:- gatal ngan Fea
sorang jer…

-syarat a.k.a permintaan kedua??
Elehh.. tak nak layan..

            Ariana bertanyakan permintaan kedua Ilham pula. Entahlah dia sendiri sukar memberitahu mengapa semua arahan dan permintaan Ilham dituruti sedangkan dia dan Ilham tidak punya apa apa hubungan pun. Lebih dari itu dia pula yang tidak sabar sabar mahu menuruti semua permintaan Ilham itu. Sudah jatuh cinta kah dia?

+Ouh.. nnti sy fkir.. tak nak layan
sudah.. nite!!

            Sebaik sahaja menghantar sms, Ilham menguap kecil. Mana taknya jam didinding sudah menginjak ke pukul 12 malam. Melayan Ariana mungkin seharian pun tidak mengcukupi. Sudah maklum akan perangai gadisnya itu. Gadisnya?
            Ariana terpingga pingga. Alahai takkan merajuk kot. Jangan la.. tiba tiba dia terasa kesal.. 

-merajuk + marah.. sory k..

+ merajuk?? Marah?? Takdelah..

            Fuhhh.. lega!! Ariana menarik nafas dalam. Tidak sanggup memikirkan bagaimana harus dia berhadapan sekiranya Ilham benar benar ‘terasa’ dengannya.

-Habis??

+dah mlm cik adik oii.. tidur .
esok ader kelas kan..??

            Awak ni sekejap adik sekejap sayang. Ntah aper aper ntah.. Ariana mengomel sendiri. kelakar mengenangkan panggilan yang berubah ubah dari lelaki itu.

-yups.. ermm k lah.. bye.. nite.
.salam..

+ bye .. good nte 2 u 2 sayang..
sleep tight.. sweet dream.
take care..jgn lupa slt.. bye .:-)

            “Sayang? Fea pun sayang kan awak Ilham.. sayang sangat..” Seusai berbicara Ariana mencium masej yang diberi lelaki itu. Dia kemudiannya menuju ke bilik air untuk berwudhuk. Pesanan Ilham supaya dia segera menunaikan solat bagaikan video klip dipendengarannya.

Ilham menatap lampu biliknya lama. Jam didinding dipandang sekilas. Pukul 2.00 pagi. Hatinya berbelah bahagi. Fikirannya terasa berserabut. Jauh dia melamun mengenangkan Ariana. Gadis yang bisa mencuri hatinya. Gadis yang membuatkan fikirannya bagai berada diambang ketidakwarasan pemikiran.
            ‘Fea, Apa yang akan jadi pada kita, Apa akan jadi pada awak kalau saya tingalkan awak. Macam mana saya nanti tanpa awak? dan yang penting macamana awak nanti tanpa saya?’ Hatinya berbicara sendiri. Buntu. Bagai tergiang giang suara uminya ditalian sebelum dia menuju ke rumah Ariana.
            “Umi bukan tak kesian kan kamu Angah.. tapi siapa pulak yang nak kesiankan umi ngan papa kamu.. balik la Angah.. tolong kami kat sini..”
            “Angah bukan tak nak balik umi.. tapi Angah..”
            “Angah bagitahu umi.. kenapa Angah tak boleh balik..”
            “Along?? Umi pujuk la Along supaya terus tinggal sana..”
“Umi dah tak tahu nak pujuk Along macam mana lagi.”
“Umi.. please..try lagi”
“Umi dah puas pujuk, tapi Abang long kamu tu degil. keras kepala sama macam kamu. lagipun Umi tak nak sengketa kamu adik beradik berterusan kalau kamu terus terusan tak nak ikut kata kata dia ”
“saya tak boleh Umi. I `cant. Ada benda yang masih belum diselesaikan”
            “Macam ni la angah. Umi izinkan kamu tinggal di Malaysia, tapi hanya untuk tahun ni. Pasal along kamu tu pandai pandai la umi pujuk nanti..”
            “Betul umi??”
            “Ye.. tapi ingat hanya untuk tahun ni. Awal tahun depan umi nak tengok kamu dah terpacak dekat depan umi.. faham.. ermm.. k`lah papa kamu dah panggil tu.. jaga diri baik baik..”
            “Thank,, umi…kim salam kat papa, along ngan adik .. Assalamualaikum..”
            “Yelah.. waalaikummussalam..”
            Lega! Perasaan nya lega sebaik sahaja Umi mengizinkan dia untuk terus tinggal di Malaysia tapi bila diitung balik. Tempoh yang diberikan uminya bukannya lama mana pun. Tidak sampai lima bulan pun lagi tahun baru akan menjengah tiba. Dan disebabkan itulah dia kembali resah. Kalau la masa dapat diberhentikan.
            Tit tit.. Bunyi mesej yang masuk menghentikan segala lamunan nya. Ilham melihat jam. Pukul 3. Lama benar dia melamun, tapi siapa pulak yang menghantar pesanan ringkas kepadanya pagi pagi buta begini? Fikirannya seakan dapat mengagak gerangan manusia yang menghantar mesej itu. Dahinya berkerut seribu. Tanda tidak suka diganggu pada waktu sebegini.

+sory msj u pg2.. I call u bnyk kali tp u x
angkat..knape?? I just guest u x tdr lg

            Sebaik sahaja membaca Ilham menarik nafas panjang. Tangannya ligat membalas pesanan ringkas itu.

-I busy..

+Busy?? U ader prob ker??

                                          -u tau x pkl brapa skrng.
can we talking next time!!

+Y?? I nk jmpa u esk..

            Ilham mendengus geram. Tak faham bahasa betul. Tidak sedar kah gadis itu sekarang ini jarum jam sudah menginjak ke pukul berape?

-xleh I busy..

            Sebaik sahaja mesej dihantar dia yang sedari tadi berbaring kembali berdiri tegak. Langkahnya ingin dilajukan untuk keruang dapur. Mahu mencari air. Dahaga. Namun baru sahaja beberapa langkah telinganya mendengar pula bunyi panggilan masuk. Dia kembali berpusing untuk melihat gerangan si pemanggil.
            Ilham kemudiannya menekan button on.. “You ni kenapa? You tau tak sekarang ni pukul brapa? Can you please stop bothering me..” Suaranya nyaring mencecah pendengaran pemangil disebelah talian.
            “Sory.. I nak jumpa you esok..”
            “You tak faham I cakap tadi. Dah tak reti nak membaca..”
            “You ni knape? I just want to see you..”
            “For what? Stop bothering me. I will call you when I have time.. got it..
            “Sampai hati you buat I macam ni. Apa salah I pada you? Tak boleh you cakap baik baik pada I? Berapa banyak masa yang I nak kena bagi pada you dan berapa lama masa yang I harus tunggu sampai you punya waktu untuk jumpa I Ilham. You kata nak anggap Isebagai  kawan tapi cara you layan I langsung tak macam seorang kawan.”
            Suara lirih Nisha membuatkan fikiran Ilham kembali berserabut. Apa salah gadis itu padanya. Tiada.. kawan? Ya dia memang mengangap Nisha sebagai kawan tidak lebih dari itu. Tapi mampukah hatinya berkawan dengan Nisha seperti teman teman yang lain kerana dia tahu siapa Nisha yang sebenarnya. Dia tahu ‘harapan’ Nisha terhadapnya.
            “Sory ..I ..”
            “Its ok.. so bila kita boleh jumpa..”
            “Nanti I bagi tahu You..”
            “Ermm. bye..”
            Sebaik sahaja talian dimatikan. Handsetnya dipandang lama. Maafkan I Nisha,, Maafkan I Sofea. Suaranya lirih sebaik terbayangkan kedua dua wajah gadis itu.

No comments:

Post a Comment