LUAHAN HATI

glitter graphics welcome

Melakar langit sejarah Membina awan impi Bila aku menjejak Ia menjadi pasti Letakkan dunia di telapak kakiku biar kupijak Tanamkan akhirat pada jiwaku biar kurindu Sisipkan cinta dalam hatiku biar aku menjadi aku Langit tunggu ku tawan Bumi tunggu kulakukan perubahan Kalamku adalah pedang Gerakku adalah tsunami Tulisanku adalah arang yang menyemarakkan api Seluruhku adalah penggegar bumi Ilahi hanya aku seorang hamba

Wednesday, October 20, 2010

andai Itu Takdir Cinta (32)

"Ini tunang abang.. Nisha..”

“Fea pergila .. pergi jauh dari hidup abang. Abang tak perlukan Fea lagi.”

“Abanggggggggg..” Ariana menjerit. Mukanya diraup berkali kali. Air matanya terasa menitis dipipi. Abang.. balik la. Fea rindukan Abang. Ariana merayu lagi. Sudah penat hatinya. Jiwanya sudah hancur. Sudah dua bulan pemergian Ilham. Dan hari ini kampusnya sudahpun bercuti. Cuti pertengahan semester. Dia melihat gambar Ilham yang menjadi temannya saban hari. Hatinya terasa benci sebaik sahaja mengingatkan mimpi tadi. Tidak dia sudah tidak mampu untuk menerimanya lagi. Gagal mengawal diri bingkai gambar itu diambil lalu dihempas kedinding. Berkecai semuanya.

Dia yang tadi duduk di atas katil mula bergerak untuk turun ke bawah. Langkahnya dilajukan ke almari. Habis semua pakaian yang diberi Ilham itu dihempas keluar. Tidak! Dia sudah tidah mahu  melihat baju baju itu lagi.

“Mak Ilahhhhhhhhhhh.. mak Ilahhhhhhhhhh” Ariana menjerit nyaring.

“Ada apa Ariana” Mak Ilah bertanya pelik.

“Mak Ilah keluarkan semua baju ni dari bilik saya. Saya tak nak tengok..” Ariana mengarah. Dia bagaikan lupa cara untuk menghormati wanita tua itu lagi.

“Tapi ini kan baju..”

“Yes.. baju yang Ilham bagi. Mulai hari ini, saya tak nak dengar nama Ilham lagi. Ilham dah mati mak Ilah.. MATIIIIIIII!!” Ariana menjerit kuat. Mimpi tadi benar benar sudah mempengaruhi pemikirannya.

 

Ariana membetulkan pakaiannya beberapa kali. Hari ni dia berpakaian rugged dengan seluar jean tiga suku dan baju biru lengan pendek. Topi disarungkan diatas rambutnya yang lepas bebas. Dia kemudian menuju ke ruang makan. Banglonya terasa sunyi sepi kerana Puan Aisyah dan sepupunya itu sudah pun pulang kerumah mereka. Mak Ilah dan Elly? Entah dia pun tidak tahu kemana. Amyra? Mungkin ke rumah temannya untuk mengulang kaji pelajaran.

Nyaring bunyi hon kereta mempercepatkan langkahnya. Kakinya laju sahaja menyarung sandlenya. Sampai sahaja didepan kereta sport itu dia membuka pintu perlahan. “Hai sayang”

Ariana hanya tersenyum tidak berniat untuk membalas. Tangannya yang melekap dibibir lelaki itu tidak dipedulikan. Dia hanya mahu berseronok diketika itu. Ya.. dia hanya mahu bersuka ria. Menjadi Ariana yang baru. Tanpa ada secalit pun kisah duka yang lama. Ya.. semua nya dilakukan kerana satu sebab.. Ilham!! Ilham inginkan dia berubah tapi dia.. dia akan melakukan yang sebaliknya.

“So you nak gi mana ni Ryan?” Zakuan bertanya. Gembira hatinya apabila gadis itu mahu keluar bersamanya hari ini.

“Pergila mana mana pun. Yang penting I nak enjoys” Ariana menjawab selamba.

“Diz`z Café je lah.. kat situ ramai our geng!!” Zakuan memberi cadangan.

Diz`z café?? Dia hanya mengiyakan. Beberapa hari ini pun sememangnya café itu yang menjadi tempat dia menghabiskan masa.

Zakuan senyum lagi. Tangan Ariana dipegang lagi. Seakan tidak mahu dilepaskan. Ahh.. siapa yang tidak mahu keluar dengan gadis kecil molek itu. Ramai yang mencuba. Dulu dia pernah mengayat gadis  itu tapi Ariana hanya kaku. Masanya banyak dihabiskan dengan Hafiz, kekasihnya itu. Selepas itu lama Ariana menghilang dan hari ini, setelah hampir setahun Ariana kembali lagi. Dengan imej baru. Dan dia? Dia diantara puluhan lelaki yang sedang mencuba nasib untuk menjadikan gadis itu sebagai teman wanita.

Ariana hanya memandang tangannya yang diusap lembut. Seperti tadi dia hanya membiarkan.. tidak kisah!!

“Dah sampai. Jom keluar” Zakuan membuka pintu disebelah penumpang. Mempersilakan Ariana keluar. Tubuh kecil itu dipaut erat. Dia berjalan dengan bangga mengiringi si gadis.

“Hello Ryan.. wow.. ada guard ker” Ana menegur sebaik sahaja melihat kelibat Ariana bersama Zakuan. Mohd zakuan bin dato` megat. Juga merupakan salah seorang student kelas mereka.Dia tersenyum bangga. Ahh.. temannya itu memang bisa memikat mana mana lelaki pun. Apatah lagi dengan gaya dan muka yang manja itu.

“Banyak la engkau..” Rambut Ana yang panjang itu ditarik perlahan. Ketawa dia disaat melihat temannya itu mengaduh.

“Kau nak nyanyi ke?” Adila bertanya pula.

“Well.. malas la aku. Aku nak rehat jer..” Ujarnya seraya berlalu ke sofa yang diletakkan ditepi café itu.

“Jom lah.. hari ni kita enjoys” Dia menarik tangan Ariana menuju ke tempat Hafiz.

“Hai..Ryan” Hafiz menegur sebaik sahaja melihat Ariana yang sedang mara kearahnya.

Seperti biasa Ariana hanya tersenyum. Perasaan marahnya kepada Hafiz dahulu sudah lama menghilang. Seiring dengan perubahan dirinya kini. Dia memilih untuk duduk disebelah Zakuan memandangkan dia datang dengan lelaki itu.

Zakuan menghulurkan tangannya lalu disambut oleh Ariana. Dia menarik gadis itu supaya duduk rapat dengannya. Sebaik sahaja Ariana duduk dia melinkarkan tangannya di pinggang Ariana. Ariana hanya membiarkan.

“Sayang you tak nak menyanyi ker?” Zakuan berbisik perlahan di telinga Ariana.

“Tak lah malas. You nak pergi.. pergila..” Dia berkata selamba. Dikala ini dia cuma mahu berseronok bukannya menyanyi di atas pentas itu biarpun itulah yang dilakukan selama dua tiga hari ini.

“No… I just want to be with you”

“Ok..” Ariana membalas sepatah malas mahu memanjangkan bicara.

Lama dia melihat teman temannya menyanyi sambil bergilir gilir dengan band band baru. Jam ditangan dilirik sekilas. Pukul 12 malam..  Ariana berdiri. Namun langkahnya mati apabila tangannya erat digengam zakuan.. “Jom balik” Ariana mengajak zakuan.

Zakuan mengeleng kepalanya beberapa kali. Tidak bersetuju. Pinggang Ariana dipaut supaya dekat dengannya.

Tanpa ditahan Ariana akhirnya terduduk di riba lelaki itu. Sekali lagi Ariana hanya membiarkan. Tiada hati untuk menghalang. Dibiarkan sahaja lelaki itu memaut pingangnya erat.

Merasakan dirinya diperhatikan, Ariana berpaling menghadap wajah Zakuan. Zakuan yang melihat bibir mungil itu memandangnya lama. Dia mendekatkan wajahnya ke bibir itu.

“Jom balik..” Ariana berkata sambil bangun.

“Ermm..” Zakuan mengalah. Baru sahaja dia ingin mungucup bibir itu tapi sayang hanya angin yang mengena wajahnya kerana Ariana bangun sebelum sempat bibir mereka bersatu. Ahh.. tak pe..ada masa lagi. Hatinya berdesis kecil.

No comments:

Post a Comment