LUAHAN HATI

glitter graphics welcome

Melakar langit sejarah Membina awan impi Bila aku menjejak Ia menjadi pasti Letakkan dunia di telapak kakiku biar kupijak Tanamkan akhirat pada jiwaku biar kurindu Sisipkan cinta dalam hatiku biar aku menjadi aku Langit tunggu ku tawan Bumi tunggu kulakukan perubahan Kalamku adalah pedang Gerakku adalah tsunami Tulisanku adalah arang yang menyemarakkan api Seluruhku adalah penggegar bumi Ilahi hanya aku seorang hamba

Tuesday, August 3, 2010

AnDaI ItU TakDiR CiNta ( 1-3)

aNDaI itU taKdIR CiNta ( 1 )


Jam ditangan  dilirik sekali lagi. Puas menanti sambil duduk dia kembali berdiri. Dahinya sudah berkerut menunjukkan rasa tidak puas hatinya apabila bayang yang dinanti sedari tadi masih tidak kelihatan sedangkan waktu yang ditetapkan untuk bertamu muka sudah hampir setengah jam berlalu.
“Eeeii.. mana dia ni, janji pukul lima.. sekarang dah pukul lima lebih ni, mau lenguh kaki berdiri dekat sini.” Ariana membebel pula. Geram! Hari ini Ilham berjanji  untuk mengambilnya di campus tetapi menginjak ke waktu yang ditetapkan bayang lelaki itu masih tidak kelihatan. “kalau tahu macam ni baik tak yah janji, ini ti..”
“Hai.. Fea.. sory lewat. Saya banyak kerja tadi, lama awak tunggu?” Ilham terus menyoal sebaik sahaja kakinya melangkah menuju ke tempat Ariana, atau lebih tepat lagi Nur Ariana Sofea, tetapi dia lebih suka memanggil gadis itu dengan pangilan ‘Fea’ lebih manis  sesuai dengan wajah  gadis itu yang lembut.
         Ariana memuncungkan bibirnya. Time orang da start membebel ni la dia nak datang. Tergeleng geleng kepalanya melihat Ilham yang kelihatan semput, lagak macam orang baru lepas lari je  “Maunya tidak. Lenguh kaki saya tau, yang awak ni.. semput sangat ni kenapa?”
 “Penat!! Jauh sangat parking. Call awak tak angkat pulak. So terpaksa la saya datang sini..”
 “Ye ker.. tak dengar pun..” Ariana bertanya sambil mengambil handsetnya yang terletak di dalam beg sandangnya. Seketika bibirnya tertutup sendiri.. ‘wow 15 miscall..’ “Sory, terlupa nak on balik. Tapi salah awak jugak janji kul berape sekarang kul brape, huh tidak menepati janji langsung” Dia bersuara seakan merajuk. Sengaja dileretkan suaranya mahu melihat reaksi lelaki itu.
“Sory ok. Tak sengaja. Jom kita gerak sekarang. Nanti lewat pulak. Awak dah solat?” Ilham memujuk sambil mengamit Ariana supaya berjalan mengikutinya. Jam dilirik sekilas. ‘Ma aii dah pukul 6, Patutla si Fea ni merajuk.. mampus..’
Ariana hanya kaku tanpa mengikut langkah Ilham yang jauh kehadapan . ‘Dah la datang lambat.. berjalan menonong je..’ Hatinya membebel lagi.
            “Lah kenapa ni Fea? Merajuk?” Ilham bertanya lagi. Sejak dua menjak ini Ariana dirasakan terlalu sensitive pantang silap sedikit pasti muncungnya memanjang  tetapi dia tidak kisah , apatah lagi cara Ariana merajuk jarang dibuat orang. Gadis itu berbeza dari yang lain dan mungkin sebab itulah hatinya berat untuk meninggalkan Ariana, namun dia akur akan takdir mereka berdua apatah lagi diantara mereka sememangnya tiada ikatan yang membolehkan dia mengikat Ariana supaya mengikutinya kemana sahaja.
‘Lagi tanya..sendiri mau tahu la..’ Namun kata kata itu tidak disuakan kepada Ilham. Dia hanya berdiam diri. Sengaja mahu memprovok Ilham dengan reaksinya ketika itu.
 “Dah la tu. Jom.. saya bawak buku ni. Jalan cepat. Kalau budak budak merajuk comel tapi kalau orang tua merajuk ..” Buku ditangan Ariana diambil. Lalu ditarik tubuh itu supaya mengikutinya.
 “Awak jangan nak mula ya, karang ader yang makan penampar nanti..” Ariana membentak geram. Sebal pula hatinya apabila diusik begitu.
 “Eleh, nak tampar orang. Berani ker?? ” Ilham bersuara selamba. Dia ketawa perlahan. Kelakar benar hatinya melihat reaksi gadis itu diketika ini.
 “Huh teruk betul perangai” Bibirnya dicebik sambil tangannya menutup pintu kereta Gen-2 sedan hitam milik Ilham dengan kuat. Sengaja..
Berdentum bunyi pintu ditutup membuatkan Ilham menoleh. Dia mengeleng geleng kan kepalanya. Kereta diundur perlahan.
 “Kita nak kemana ni Am??”
Ilham hanya diam. Jarinya diunjuk kearah hadapan.
Ariana menoleh. Masjid!! ‘hmm..ni confirm tak solat lagi ni..' hatinya berbicara sendiri. Wajah Ilham ditenung sekilas. Dia melihat sesekali Ilham mengeluh perlahan. Lagak macam orang ader masalah je. Untuk bertanya mulutnya tidak pula mahu berbicara apa apa. Masih sebal barangkali.
Setibanya di halaman masjid Ilham terus keluar tanpa menunggu Ariana. Enjin kereta dibiarkan hidup dan langkahnya diatur menuju ke masjid untuk menunaikan solat asar. Dihatinya sempat memohon supaya diberi seribu kekuatan dan ketenangan.. ‘ahh.. sebulan je lagi..’

 “Fea bangun..kita dah sampai” Ilham mengejutkan Ariana sebaik  sahaja keretanya diparkir di halaman banglo mewah itu. Kesian pula melihat Ariana yang lena tidur semenjak dari masjid lagi. Melihat Ariana yang tidak bergerak sedikit pun, tangan gadis itu ditarik perlahan.
“Sampai.. sampai mana? Kat mana ni?” Dia bertanya dalam keadaan mamai. Sungguh dia benar benar keletihan. Kerana itu juga dia mengambil keputusan untuk melelapkan mata seketika sementara menanti Ilham kembali. Tidak disangka pula dia lena betul sehingga tidak menyedari kereta Gen-2 itu sudah jauh dari perkarangan masjid.
 “Kat rumah awak la. Pergila sambung tidur dalam rumah, penat betul saya tengok”
            Ariana mengaru kepalanya yang tidak gatal. Rasa bersalah pula pada lelaki dihadapannya itu sedangkan semalam beria dia meminta  kebenaran Ilham untuk menemani lelaki itu keluar mencari barang tetapi.. “Err.. kenapa tak terus pergi je? Kata nak keluarkan?”
 “Lainkali je la. Awak pun dah penatkan??”
 “Awak tak kisah ker?” Ariana bertanya lagi.
 “It`s ok.. nanti ade masa kita pergi.. k”
 “Am, Awak tak penat ker?” Wajah itu dipandang.
 “Penat la jugak. Nengok awak  tidur tadi. Jelous saya tau!!” Ilham bersuara sambil tersenyum.
Hahaha.. Ariana  ketawa lepas.. “Jom lah.. ??” Tangan Ilham ditarik perlahan supaya mengikutinya.
 “Err.. kemana??”
 “Masuk rumah lah!!”
 “Buat aper? ”
Ish banyak tanya lak.. “Rest.. tadi kata penat kan..”
 “Fea.. Aper kata orang nanti? Tak manis tahu tak? Awak tu perempuan” Ilham berkata perlahan. Tidak berkenan dengan cara Ariana yang terlalu bebas.  
Ariana mengerutkan dahinya. “ Ilham, awak ingat saya ni aper? Mak Ilah ada la. Elly pun  ada. Awak rest la dulu, then malam ni boleh kita makan sama sama. After that awak balik la. Lagipun ni dah nak magrib, awak pun dah lama tak jumpa Mak Ilah ngan Elly kan..” Ariana menerangkan. Dia tahu Ilham tidak akan semudah itu menerima perlawaannya.
Ilham yang baru sahaja dikenalinya itu padanya memang seorang yang jujur . Membuatkan dia rasa selesa dan dilindungi. Dan oleh kerana Ilham jualah dia mampu untuk terus memperjuangkan hidupnya disaat keluarga tercinta meninggalkan dia sendirian dimuka bumi ini. Dia, Ariana sofea. Dari gadis yang agak social semakin dan sedang  mencuba untuk hidup diatas para normal yang benar. Kerana apa? Hanya hatinya yang tahu mengapa.
 “Tapi apa kata orang nanti?”
 “Hello.. bukannya kita berdua ok!!. Apa awak ingat Fea ni dah gatal sangat ker..”
 “Oitt.. mana la tahu, cik Sofea kita ni..”
 “Awakkk… Tak nak sudah. Saya masuk dululah. Thanks!!” Dia bersuara geram. Berlawan kata dengan Ilham memang tidak akan ada kesudahannya.
 “Alahai.. Merajuk pulak. Kesian betul pakwe awak kan, hari hari nak kena pujuk..” Ilham berkata seraya bergerak menyaingi langkah Ariana yang sudah pun menuju ke ruang tamu itu.
 “Adoii!!” Tangannya dilekap kekepala seketika. Geram plus tension “Apa awak cakap ni? Jom la cepat. Saya dah ngantuk ni. Nak qada tidur!!”
 “Banyak la Fea punya qada, nan..”
 “Eh! Ilham bila sampai? Patutla Mak cik bunyi macam suara kamu tadi,  Riuh..” Mak Ilah bersuara sebaik sahaja melihat kelibat Ilham dan Ariana yang sedang berbalas kata di ruang tamu. Dia tersenyum senang. Lama betul tidak kelihatan wajah pemuda dihadapannya itu.
 “Err.. baru je sampai mak cik. Mananya tidak Am sampai je rumah ni terus je Fea ajak Am bergaduh, itu yang riuh tu” Dia berkata selamba sambil sebelah tangannya dihulur untuk bersalam dengan wanita separuh umur itu.
Ariana menjengilkan biji matanya. Sesuka hati je kata aku ajak dia gaduh. Nak kena betul la mamat ni..
 “Kak Ariana dengan Abang Ilham memang selalu macam tu Opah. Elly pun naik pusing dah kepala nengok drama sebabak abang ngan kakak” Elly bersuara menyampuk sebaik sahaja sampai keruang tamu.
           “Hah tengok!!..” Ilham berkata sambil memandang Ariana.
Ceh.. Nengok aper? Dia yang start kata kita pulak. Dah tu ader hati nak suruh orang nengok..
“Bukan abang Am salah, tapi akak Ariana kamu ni hah.. manja”
“Kakak manja dengan Abang Ilham je kan? Betul tak kak? ”
WHAT!! Elly..” Ariana membuntangkan matanya. Geram!!
“Hehehe.. gurau je lah akak Ariana ni, relaks. Berkerut dah muka tu..” Bibirnya ditekup dengan tangan untuk menahan ketawa.
“Elly, sudah! Menyakat je kerja kamu ya? Marah kak Ariana kamu nanti..” Mak Ilah menyampuk apabila melihat muka Ariana yang kelat manis apabila disakat oleh cucu dan temannya itu.
           “Abang dinner kat sini erh??”
          “A`ah.. kak Ariana kata dia nak masak special untuk abang hari ni” Ilham berkata sambil mengenyit matanya perlahan. Sengaja mahu bersandiwara dengan gadis comel yang ditocang dua rambutnya itu.
‘Woit.. sape yang nak masak untuk awak? Tak ingin.’ Ariana menjerit di dalam hati..
“Ya.. kew.. musykil nieh??”
“Kenapa pulak” Ilham bertanya lagi. Bercakap dengan gadis kecil ini seolah olah seperti bercakap dengan orang dewasa biarpun ketika ini umur Elly baru sahaja menginjak ke 10 tahun.
“Psst..  sis Ariana mana reti masak” Dia berbisik perlahan.
“Elly!!!!” Ariana menempik. Geram apabila dirinya diperkatakan seolah olah dia tiada disitu.  INVISIBLE!!
“Opss.. sory!! bye abang. See you later.. daa..” Dia bersuara sambil berlari ke tingkat atas.  Ketawa riang meletus dibibirnya. Kelakar melihat reaksi Ariana ketika marah. Namun jauh disudut hati dia tahu kak Ariana tidak akan marah kepadanya.
          “Sudah.. Sudah la tu. Macam la lucu sangat..” Ariana bersuara pula kepada Ilham yang sedang sakan ketawa sendirian.
“Hehehe, tak de la lucu sangat. Tapi kelakar la jugak..”
Whatever.. Fea nak rehat. Nanti after magrib kita dinner sama sama ya” Dia bersuara sambil berjalan menuju ke tingkat atas.
          “Ok.. my dear see you later..”
Mendengarkan itu Ariana berpaling menghadap Ilham. Cheh.. wat macam rumah sendiri pulak.. dah tu panggil aku dear lak tu.. ingat rusa ke aper!!
“Pergila bilik tetamu. Hah, jangan buat macam rumah sendiri ya. One more, ader aper aper jangan panggil Fea tau. Kalau tidak..”
“Kalau tidak aper?? ”
“Ader lar.. rahsia..” Dia memberitahu sambil tersenyum senang. Sengaja mahu membuatkan Ilham berteka teki.
Ilham hanya mengelengkan kepalanya melihat telatah Ariana. Seketika kemudian dia menuju ke tingkat atas untuk ke bilik tamu. Hehehe.. buat macam rumah sendiri lak!!

 “Elly, pergi panggil kak Ariana. Cakap opah dah siapkan makan malam” Mak Ilah menyuruh cucunya yang ketika itu sedang ralat bermain dengan anak patungnya setelah tidak melihat tanda tanda Ariana akan turun sedangkan jarum jam sudah menginjak ke pukul 8 setengah malam.
“Ok.. opah”
“Eh.. nak pergi mana ni? Tak makan sekali ke??” Ilham bertanya sebaik sahaja terlihat kelibat Elly yang sedang berjalan menuju ke tingkat atas.
“Nak panggil kak Ariana. Err.. abang tolong boleh tak?”
“Tolong aper??”
“Tolong panggilkan Kak Ariana..”
“Ouh.. abis.. Elly nak buat ape pulak?”
“Buat bodoh … hahaha”
“Apa buat buat bodoh hmmm? Tengah mengumpat jer kerja dia yer..” Ariana mencelah sebaik sahaja  terlihat kelibat manusia yang sedang berbisik bisik. Tak lain tak bukan kalau bukan makhluk dua ekor tu..
“Fuih.. akak terkejut orang tau..” Dadanya diusap dek kerana terkejut apabila disergah begitu.
“Padan muka! Dah jom makan. Akak dah lapar ni. Opah dah siap masak ker?”
“A`ah..”
Selesai sahaja makan Ilham tersandar kekenyangan di kerusi meja makan kaca itu.. “Sedap mak cik masak. Teringat kat masakan Umi saya..” Dia memberitahu jujur.
 “Ehh.. sesuka hati sesedap rasa jer kata masakan Mak Ilah sama cam awak masak. Err.. awak pandai masak ker?” Ariana berkata selamba. Sengaja mahu mengusik..
“Akak.. Abang Ilham kata masakan mak dia lah. Bukannya dia..”
“ELLY!!.. ish sibuk betul. Langsung tak kesian kat Akak..”
Ilham yang melihat ketawa lepas.. “Thank you Elly.. Love you so much
“Err.. Simpan je kata kata Abang  kat Akak. Nanti kak Ariana jelous ngan Elly pulak”
“Huh tak de maknanya ..”
Ilham mengenyit sebelah matanya kepada Ariana. Ariana mencebik.. ingat aku jelous sangat la tu!!

aNDaI itU taKdIR CiNta ( 2 )


Ilham bergegas menuju ke keretanya sebaik sahaja menerima panggilan dari Mak Ilah. Hatinya terasa bimbang sebaik sahaja mendapat tahu bahawa Ariana demam panas akibat kehujanan semalam. Keretanya dipecut laju. Setibanya di rumah Ariana dia terus menuju ke tempat Mak Ilah di tingkat atas banglo tersebut.
“Macammana Sofea, makcik?” Tanya Ilham gusar. Dalam keadaan begini dia sudah tidak mampu membahasakan Ariana dengan ‘Ariana’ biarpun dia tahu hanya dia seorang sahaja yang memanggil gadis itu dengan nama panggilan ‘Sofea’.
“Entahlah. Doktor Rashid tak keluar lagi tu”
“Err.. uncle.. macam mana dengan keadaan Sofea??” Ilham bertanya sebaik sahaja kelibat Doktor Rashid  muncul disebalik pintu bilik Ariana.
Doktor Rashid tersenyum nipis, gelagat Ilham mencuit hatinya. Seolah olah ada sesuatu diantara dia dan anak almarhum teman baiknya itu. “Ariana tak de apa apa. Cuma badan dia panas sikit. Uncle dah bagi ubat tidur pada dia. So mungkin lepasni dia akan sedar, nanti bolehla Ilham nengok dia.”
“Ouh..” Ilham mengangukkan kepalanya beberapa kali tanda mengerti akan kata kata Doktor Rashid. Doktor Rashid yang dipanggil ‘uncle’ itu merupakan doctor peribadi keluarga Ariana. Biarpun kedua ibu bapa Ariana sudah meninggal dunia namun dia masih berbesar hati untuk meneruskan hikmadnya kepada Ariana dan kerana itu juga hubunganya dengan Doctor Rashid yang sebaya dengan bapanya itu agak baik.
Dengan langkah perlahan Ilham menuju ke katil Ariana. Pucat sunguh wajah Ariana ketika itu. Tiba tiba rasa kasihnya terasa  melimpah buat gadis itu. Malang sunguh nasib gadis dihadapannya itu dirasakan. Baru sahaja lima bulan yang lepas Uncle Hadi dan Auntie Salina meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Ariana yang sememangnya anak tunggal bagai kehilangan arah buat seketika. Ajakan kesemua saudara maranya untuk tinggal bersama dirumah mereka ditolak habis habisan. Katanya tidak mahu meningalkan rumah kepunyaan kedua orang tuanya ini. Nasib baik Mak Ilah, yang sememang nya telah lama berhikmad untuk keluarganya masih berbesar hati untuk terus berhikmad dan sekaligus menjaga Ariana bagi pihak keluarga yang lain.
          Merasakan ada yang memerhati Ilham mendongak. Dia melihat Mak Ilah hanya tersenyum nipis. Kesan air mata yang jelas kelihatan ditubir mata wanita tua itu turut menunjukkan kesedihannya terhadap anak majikannya itu.

 “Makcik, err.. makcik tak kisah ke saya selalu datang sini??”
Mak Ilah memandang Ilham. Hairan!!
“Maksud saya, saya dengan Sofea bukan muhrim. Makcik tak kisah ke kalau saya selalu datang sini. Yela..kalau nampak dek orang, tak manis pulak rasanya kan?”
“Makcik tahu, tapi makcik yakin yang kamu tahu apa yang kamu buat Ilham. Lagipun makcik senang tengok Ariana tu berubah. Sejak dia kenal kamu banyak betul perubahan dia” Mak Ilah berkata jujur. Lagi pula kedatangan Ilham kerumah mewah itu telah menjadikan hidup anak arwah majikannya itu berbahagia. Lalu apa pula alasannya untuk menghalang kedatangannya itu.
“Maksud makcik??”
“Dulu dia tak macam tu, tapi mungkin pengaruh kawan agaknya. Bila Puan dan Tuan meninggal teruk jugak masa tu kami nak pulihkan keadaan dia. Bila dah pulih lain pulak jadinya. Dia selalu balik lewat malam. Balik pada tabiat lama dia. Cuma dua tiga bulan ni dia dah banyak berubah. Mungkin penangan Ilham agaknya..” Mak Ilah berkata sambil tersenyum. Benar katanya Ilham telah membawa perubahan kepada hidup anak majikannya itu.
“Tapi..saya dengan Sofea tak de ape ape hubungan makcik..” Ilham memberitahu pula. Dia tidak mahu Mak Ilah salah faham akan hubungan rapatnya dengan gadis itu. Bimbang ada harapan yang turut serta dengan kata kata itu.
Mak Ilah menganguk anguk. Faham..
“Tapi abang suka akak Ariana kan??” Elly bersuara sebaik sahaja tiba di ruang dapur.
“Err.. kenapa Elly cakap macam tu?”
“Entah! Tapi Elly suka kalau abang suka kat akak. Kesian akak Ariana kalau abang takde nanti..” Ujarnya polos. Padanya kak Ariana dan Abang Ilham memang sepadan. Sama cantik dan kacak. Boleh menjadi pasangan ideal.
“Abang takkan tinggalkan kak Ariana kan??” Elly bertanya lagi.
Ilham hanya tersenyum hambar. Pertanyaan Elly dibiarkan tanpa jawapan. Untuk memberi jawapan yang pasti amat sukar untuk dia melakukan kerana dia sendiri tidak pasti halangan apa yang berada di hadapan mereka nanti. Apatah lagi dengan ‘statusnya’ itu.


Ariana membuka mata perlahan lahan, jam ditepi katil dilihat lama. Pukul 3.00 pagi. Tangan yang terasa digengam membuatkan dia berpaling ketepi.
Ilham!! Apa yang mamat ni buat kat sini? Dahinya sedikit berkerut apabila melihat Ilham yang lena tidur di atas kerusi bersebelahan dengan katilnya manakala sebelah tangan lelaki itu sedang erat menggengam tangannya.. `ish.. atas kerusi pun  boleh tidur ker?’
Ariana bergerak perlahan lahan untuk mencapai air di atas meja bersebelahan kepala katilnya namun kesakitan yang jelas terasa dikepala membuatkan dia menarik kuat tangannya. Kepalanya dipicit berulang kali. Arif akan kesakitan yang terpaksa dialami setiap kali dia mengalami demam panas.
“Eh.. dah sedar? Sakit? Nak air?” Ilham bersuara sebaik sahaja terjaga apabila terasa tangannya direntap.
Ariana yang sedang ralat memicit kepalanya terhenti seketika. Dahinya sedikit berkerut. Hatinya tiba tiba terasa sayu. Wajah Ilham dipandang lama. ‘Ilham.. tolong .. tolong jangan baik dengan saya. Saya takut saya akan terus bergantung hidup dengan awak sampai bila bila. Ma.. pa Ariana rindu dekat mama ngan papa.. kenapa? Kenapa tingalkan Ariana sorang sorang. Ariana tak kuat ma, Ariana takut!!’ Hatinya menjerit kecil.
Tanpa disedari air matanya mengalir keluar. Hatinya terlalu rindu untuk melihat wajah mama dan papa yang terlalu kuat membayangi pemikirannya ketika itu.
“Sofea, you nangis??” Ilham bertanya sebaik sahaja melihat muka Ariana  yang sembab dengan air mata.
“Saya.. err.. Saya rindukan mama ngan papa. I .. miss her so much” Dia berkata sebak. Tidak pasti apa yang harus dilakukan.
“Fea.. You mesti kuat. I don`t think you parents feel hapy to see you like this!!” Ilham bersuara menyakinkan. Hatinya turut terasa sebak melihat tangisan Ariana.
         “Kuat? Macammana Fea nak kuat, kalau seluruh hidup Fea .. Fea Cuma pernah ada mama ngan papa je. And  now,  mama ngan papa dah tak de. And  the real is, I am alone in this world”
Uncle, aunty.. semua sayangkan you. Mak Ilah,Elly.. your friend.. they all ada untuk you Sofea”
“ Tak cukup!! Tak cukup..” Ariana mengeleng gelengkan kepalanya. Air mata disapu perlahan.  “Apa apa pun mereka tetap tak dapat gantikan mama ngan papa… Ilham..”
Ilham tersenyum hambar. Tangan Ariana  digengam erat. “Memang tak cukup. Saya tahu tu. Tak siapa dapat nafikan kasih sayang yang mama ngan papa you bagi. But you have to remember, mereka takkan balik lagi Fea. Never.. and  you, you kena teruskan hidup ni walau apapun yang terjadi”
“I tahu,  I tahu semua tu.. tapi..”
Syhhh.. better you calm down..” Ilham memotong kata Ariana. Bahu Ariana diusap lembut bagi menenangkan gadis itu. Dia tidak sangup melihat Ariana berterusan bersedih di atas kenyataan yang harus dialaminya.
You nak air??” Dia bertanya seraya mencapai gelas dan menghulurkan kepada Ariana.
Ariana hanya menganguk perlahan. Hangat pelukan Ilham membuat dia terasa nyaman. Terasa dilindungi. Sakit kepala yang semakin kuat dirasa membuatkan dia kembali menutup matanya perlahan lahan.
Ilham yang melihat Ariana kembali terlena membaringkan gadis itu secara perlahan. Bimbang Ariana akan terjaga lagi. Setelah menyelimutkan tubuh itu dia menutup lampu utama dan berjalan kepintu bilik dan menutupnya kembali. Kakinya menuju ke bilik tamu. Seketika dia turut terlena akibat kepenatan apatah lagi hampir lima jam dia duduk di atas kerusi bagi menjaga Ariana. Menunggu gadis itu sedar sebenar benarnya.

Masuk hari ini sudah tiga hari Ilham berulang alik dari rumahnya ke rumah Ariana. Menjaga dan melayan gadis itu berceloteh. Bertambah meriah apabila sesekali Elly turut menemaninya melayani Ariana. Menbuatkan dia bertambah lucu apabila Ariana beraksi bagai anak kecil pula. Biarpun sakit tetapi mulutnya tidak henti henti berceloteh. Cuma Ariana tidak begitu selera untuk menikmati makanan, katanya tiada selera membuatkan dia terpaksa memaksa Ariana makan setiap kali tiba waktu makan.
“ Hai abang..” Elly menegur sebaik sahaja Ilham keluar dari kereta gen-2 nya itu.
“Hai Elly. Nak kemana?” Ilham bertanya kembali apabila melihat Elly yang sedang mara ke halaman tepi rumah sementara disebelah tangannya terdapat sebilah pisau.
“Nak ambil daun pandan!!” Ujarnya sambil memotong daun pandan yang terletak ditepi banglo itu.
“ Hah.. Elly nak buat apa dengan daun pandan? Nak masak ker? Err.. Elly pandai masak ker?” Ilham mengusik.
 “Eleh.. abang ni. Opah la yang nak masak. Kak Ariana mengidam” Dia berkata selamba.
“Hehehe.. ingat kan Elly yang nak masak..” Ilham ketawa perlahan. Seketika keningnya berkerut kembali.. “Kak Ariana mengidam? Mengidam nak makan ape??”
“Entah? Kata opah puteri kayangan nak makan pulut hitam..”
“Ouh.. kak Ariana dah bangun ker?” Ilham ketawa mendengarkan gelaran yang diberi kepada Ariana.
“Ha..ayok tak tahu” Elly mengankat satu jarinya dan mengoyangkan beberapa kali.. “Abang lewat erk hari ni? Hari ni kak Ariana bangun awal tau. Baik abang pergi jumpa sekarang nanti mengamuk buah hati abang tu”
“Ish.. apela Elly ni, kecik kecik dah pandai buah hati yer. Ni mesti kat sekolah berderet pakwe kan” Ilham berkata selamba.
“Eh.. tolong sikit, mana ader. Akak ngan abang lain la, ada scandel .. hahaha.. dah pergila jumpa kak Ariana. Nanti kak Ariana merajuk abang pulak yang susah..”
“Eh.. Elly ni. Tadi buat hati, sekarang scandle pulak? Pandai pandai aje” Ilham mengeleng gelengkan kepalanya. Bibirnya melakar senyum. Kelakar mengingati kata kata Elly sebentar tadi.
“Hai hati senang ker? Sampai tersenyum senyum tu” Ariana bertanya sebaik sahaja Ilham menghampirinya. Dia yang ketika itu sedang duduk santai sudah pun berdiri apabila melihat wajah yang ceria itu.
“A`ah.. senang sangat sebab Fea dah sihat. Tak payah la saya datang sini lagi lepas ni..” Ujarnya tenang.
Mendengarkan itu senyuman yang terlakar dibibir Ariana mati secara tiba tiba. Dia menjeling Ilham dengan ekor matanya. Automatic mulutnya turut memuncung.
“Alahai, saya gurau je lah” Ilham kembali memujuk. Namun suaranya tetap seperti tadi. Masih tenang biarpun matanya dapat menangkap riak muka Ariana yang sudah berubah keruh sebaik mendengar kata katanya tadi.
“Serius..” Dia menyoal kembali. Tidak percaya. Kecil hati sebenarnya apabila Ilham berkata begitu. Sedangkan dia benar benar gembira dengan kedatangan Ilham kerumahnya setiap hari. Lebih dari itu dia sebenarnya yang mengharapkan kedatangan Ilham bagi menemani hari harinya. Entahlah dia sendiri binggung dengan perasaannya diketika ini. Masakan tidak dia dan Ilham hanyalah kawan semata mata. Tidak lebih dan tidak kurang. Lalu apa pula makna semua perasaan itu?
“Serius what” Ilham bertanya pula. Tidak faham.
“Serius you gurau jer?”
“Yer serius..” Dia mengiyakan pula sambil tersenyum senang.
“Hah tu you kata serius..” Ujar Ariana dengan muka mencuka.
“Ish serius ape lak..” Dahinya dikerutkan. Tidak memahami apa yang dikata oleh gadis yang berdiri di hadapannya itu.
“Serius yang you tak payah datang sini lagi..” Ujar Ariana serius. Sengaja mahu menyakat sebenarnya.
“Adoii, Fea ni saje nak main main yer? Ni dah makan kebelum? Dengar kata ada orang mengidam hari ni?” Ilham menepuk dahinya. Sedikit punya serius la dia berfikir akan kata kata Ariana tadi tidak sedar pula rupa rupanya dirinya sedang dipermainkan.
“Hehehe.. hah sape yang mengidam?” Ketawanya lepas. Kelakar melihat reaksi Ilham yang baru menyedari yang dirinya sudah dipermainkan olehnya.
“Entah lah? Katanya puteri kayangan mengidam nak makan bubur pulut hitam” Matanya dikenyit sebelah.
“Ish.. mana ade. Orang terasa nak makan je la. Bukannya mengidam. Sape yang cakap macam tu” Ariana memuncungkan mulutnya. Geram apabila diperli begitu. Mana tidaknya dia sendiri pun tidak pasti mengapa sebaik sahaja bangun dia memberitahu Mak Ilah yang dia teringin memakan bubur pulut hitam.
“Sape lagi kalau bukan reporter kecik..” Ujar Ilham pula.
“Hahaha.. eh.. awak tak kerje ke hari ni??” Ariana bertanya kembali. Seingatnya hari ini bukan hari minggu.
 “Kerja” Jawabnya sepatah. Surat khabar diambil lalu dibaca.
“Habis tak pergila” Ariana mengerutkan dahinya. Jikalau kerja mengapa masih ada disini? Tuang kerja kah? Kerana dia kah??
“Tak”
“Kenapa”  Masih tidak berpuas hati dia menyoal lagi.
Nothing” Ujar Ilham selamba. Matanya masih tidak lepas dari membaca surat khabar yang dipegangnya itu.
“Serius la” Ariana bersuara separuh mendesak. Dia sebenarnya curious nak tahu mengapa Ilham berada disitu sekiranya benar lelaki itu bekerja.
Nothing” Jawapannya masih selamba seperti tadi. Biarpun matanya dapat menangkap riak muka yang tidak berpuas hati itu.
“Ish malas la cakap. Tanya dua tiga patah dia jawab sepatah je..” Ariana berkata sambil bangun dari sofa yang diduduki untuk menuju ke dapur. Merajuk!!
“Sofea.. perlu ke I bagitau sedangkan awak tahu kenapa right..” Surat khabar ditutup lalu diletak ketepi. Ilham turut berdiri menyaingi langkah Ariana yang sudahpun menuju ke dapur.
 “Tak tahu pun” Langkahnya dihentikan. Sebaik melihat Ilham berada disebelahnya dia berjalan kembali. Seiringan.
Ilham mengenjilkan matanya. Geram!! “OK.. Fine” Katanya beralah. Tidak dapat membaca hatinya kah gadis itu?
“Cakap lah..” Ariana bertanya separuh mendesak. Dia benar benar ingin tahu. Tidak mahu cepat membuat kesimpulan sendiri. Bimbang dikata perasan!
“Cakap aper” Ujarnya dengan dahi berkerut. Langkahnya dihentikan.
“Kenapa you tak pergi kerja..” Ariana turut berhenti. Wajah Ilham ditatap. Mahu menagih jawapan.
Ilham mengelengkan kepalanya. Ariana? Gadis itu selagi tidak berpuas hati selagi itulah akan membuat muka simpati begitu! “Ish.. degil betul awak ni ya? Saya tak pergi kerja sebab awak, Cik Ariana Sofea!! Ader faham!” Dia berterus terang.
“Ouh.. pasal saye erk? Thank you..” Senyuman terlakar dibibirnya. Gembira. Gembira kerana melalui lewat kata kata itu dia yakin sedikit sebanyak ia membuktikan bahawa Ilham benar benar mengambil berat tentangnya.
“Untuk??” Ilham bertanya pula. Keningnya dijongketkan mahu menagih jawapan. Sebenarnya dia dengan Ariana pun sama sahaja. Suka bertanya biarpun sudah tahu.
For everything.. Saya sayangkan awak Ilham”.. Opss tersasul lak..tangannya menutup mulut.. malu!!  “Eh.. jom kita makan. Lapar la. Dah lama tak makan kan? Esok saya dah boleh pergi kampus. Dah lama tak pergi kolej. Mesti banyak yang saya tertinggal pelajaran, mesti kena soal ngan lecture nanti. Lama tak jumpa Amyra, rindu kat dia. Pastu kan da lama tak pergi shopping.. Eh my besday is coming soon tau, nanti nak celebrate. Nak jemput ra…
Ilham ketawa kuat. Dia tahu Ariana sengaja berkata itu dan ini kerana termalu sendiri akibat tersasul tadi. Tangan Ariana ditarik untuk kedapur.. “Sudah la tu, menceceh je dia tahu..” Sempat dia memerli apatah lagi apabila melihat muka Ariana yang sudah blushing. Benar benar malu barangkali.

aNDaI itU taKdIR CiNta ( 3 )


Puas berdiri Ariana kembali duduk. Hatinya berbaur dengan seribu satu perasaan marah, benci, kecewa dan sakit hati. Dia sakit hati apabila talian Ilham langsung tidak dapat dihubungi biarpun sudah lebih tiga kali dia mencuba. Air matanya hampir menitis keluar kerana terlalu geram dan kecewa.
            “Akak, kawan akak call!!
             Kedengaran suara Elly yang menjerit dari tangga bawah membuatkan Ariana berpaling. Dahinya sedikit berkerut memikirkan gerangan yang menghubunginya ketika itu. Ilham kah?
             “Hello Ilham?” Ariana bersuara sebaik sahaja gagang telefon dilekapkan ketelinganya.
            “Ilham mana pulak ni? I la Hafiz you kat mana ni?”
Ariana mendengus perlahan sebaik sahaja mendengar suara itu.
             “Kat rumahlah..” Dia bersuara malas. Bosan!! Hafiz adalah teman lelakinya dahulu, disaat dia leka dengan dunia hiburannya sendiri. Sikap Hafiz yang tidak mahu memahaminya menambahkan sebal dihatinya. Sedangkan sudah berjuta kali dia memberitahu lelaki itu.. IT`S OVER!!!.. ni confirm kepala otak tak dapat terima info. Dia membebel lagi..
            “Dari tadi lagi I call handset you, tapi asyik engage jerk, you bergayut dengan siapa?” Hafiz bertanya lagi. Suaranya jelas tidak berpuas hati.
            “Mana ader  I bergayut!!” Ujarnya menafikan. Siapa lelaki itu untuk mengetahui dengan siapa dia bergayut?
             “Habis siapa Ilham?” Hafiz menyoal pula. Dia dapat mendengar dengan jelas nama yang meniti di bibir Ariana sebaik panggilannya bersambut tadi.
             “Tak de sape sape lah. Hah you nak apa ni?” Ariana bertanya kasar. Tidak suka disoal seperti kekasih yang sudah berlaku curang. Sedangkan mereka bukannya sesiapa.
            “Jom keluar..”
             “Keluar ke mana? Malaslah..” Dia menolak pula.
            “Jom la keluar. Ehh sejak bila you jadi baik ni? Buang tabiat apa?” suara nya memerli laju sebaik ajakannya ditolak. Geram!
             Eh suka hati aku la buang tabiat ke aper yang kau sibuk sibuk buat apa.. hati Ariana  mendongkol geram. “Ala.. malaslah”
            “Jom lah. Lama kita tak keluarkan? Nak jumpa you kat campus pun payah..” Hafiz bersuara keras.
            “Tapi…”
             “Dah! Takde tapi tapi. Setengah jam lagi I ambil you kat rumah.. bye!!”
            “Hafiz!!” Ariana menjerit lagi namun ketika itu talian disebelah sana telah pun diputuskan. Dia mengetap bibir menahan marah.
             “Kenapa ni Ariana?” Mak Ilah bersuara sebaik sahaja sampai keruang tamu. Dari tadi telinganya mendengar suara namun tidak jelas  pula akan butir percakapan yang keluar dari mulut anak gadis itu. Melihatkan muka Ariana yang masam mencuka dia pasti ada yang tidak kena.
            “Ni lah. Mamat ni hah! Tak faham bahasa. Orang dah cakap tak nak keluar. Pastu nak paksa paksa orang pulak. Sakit hati..” Ujarnya membebel panjang.
             “Sape? Ilham ker?”
            “Kalau Ilham takpela Mak Ilah. Tapi ni bukan..” Ariana merungut kecil pula.
            “Kalau dah malas keluar takpayahla keluar. Tapi ni dari tadi lagi Mak Ilah tengok Ariana marah marah. Ada masalah ke?” Mak Ilah bersuara tenang. Jauh disudut hati dia bersyukur melihat perubahan Ariana. Jikalau dulu, waktu waktu begini belum tentu Ariana ada dirumah, mana tidaknya asal malam je Ariana akan menghilang. Berpeleseran diluar dan sesekali pergi clubbing. Sewaktu Arwah Tuan Hadi dan Puan Salina  ada selalu dia mendengar almarhum mengeluh mengenangkan sikap anak perempuannya itu walaupun berbangga kerana Ariana seorang yang menghormati orang tua cuma mereka suami isteri yang tidak mampu menahan keinginan anaknya untuk berseronok diluar apatah lagi Ariana memang dikenali dengan sikap manja dan pandai memujuknya membuatkan pasangan suami isteri itu sentiasa mengalah dengan kerenahnya.
            “Tak de la Mak Ilah. Ilham ni haa. Dari tadi Ariana call, tapi sampai sekarang tak dapat dapat pun..”
            “La.. inikan waktu kerja. Mungkin dia sibuk kot!!”
             “Sibuk? Ntah lah. k lah Mak Ilah, saya nak bersiap nak keluar..”  Dia berkata seraya memanjat tangga menuju ke biliknya kembali. Pakaian dari almari dikeluarkan. Rambutnya yang panjang diikat tinggi. Setelah berpuas hati dia mengambil handsetnya. Dia mendengus apabila sekali lagi talian Ilham tidak dapat disambung.

“Hah you nak ajak I pergi mana ni??” Ariana bertanya sebaik sahaja memasuki kereta Sport kepunyaan Hafiz.. a.k.a. Mohd Hafiz Hazriq b Dato` Azlan!! Lelaki yang akan keluar dengannya selepas ini dengan perasaan yang teramat tidak rela. Malas sebenarnya.
              “Jalan- jalan” Hafiz menjawab sepatah sambil mengudur keretanya perlahan untuk keluar dari kawasan perumahan Ariana. Wajah Ariana dilihat sekilas.
            “Setakat jalan jalan baik tak payah ajak keluar, kat rumah tu pun I boleh jalan jalan” Ariana bersuara menyindir meluahkan ketidakpuasan hatinya apabila dipaksa keluar.
“You ni kenapa Ryan!! Boleh tak kalau ikut jer? Bukannya I nak makan you pun”  Hafiz menjawab kasar. Dia paling tidak suka disindir apatah lagi apabila ada orang berani melawan kata katanya. Melihatkan Ariana yang membisu dia bertanya lagi “Siapa Ilham?”
             “Ilham mana pulak?” Dengusan kasar kedengaran. Tidak berpuas hati kerana masih disoal siasat begitu.
             “Alah..mamat yang you jumpa hari hari tu lah. You jangan ingat I tak tahu Ryan dah banyak kali I Nampak you keluar dengan dia kan? Dan sebab tu you dah banyak berubah kan?” Ujarnya melepaskan lahar kemarahan. Marah kerana Ariana berpura pura tidak mengerti akan soalannya itu.
            “Hello!! Suka hati I lah nak buat apa pun ,you have to remember yang KITA BUKANNYA ADA APE APE  PUN!!..its OVER ok OVER!! ” Sengaja  Ariana  menekankan perkataan itu. Dia hairan kenapa Hafiz bagai tidak mahu menerima kenyataan bahawa hubungan mereka sudah lama berakhir.
             Hafiz mengetap bibir. Ariana memang sengaja mahu menaikkan darahnya. “Memang!! Memang aku tahu kau ngan aku dah tak de ape ape, tapi kau jangan berlagak sangat. Ingat sikit selama ni sape yang jaga kau kalau bukan aku!!” Dia mula mengungkit. Perkataan I, you sudah berubah menjadi aku, kau menunjukkan hatinya yang panas apabila Ariana tidak habis habis melawan kata katanya. Hatinya terasa sebu. Susah benarkan untuk Ariana memahami hatinya. Dari dulu sampai sekarang dia hanya menyintai gadis itu.
            “Ahh… tolongla” Ariana mencebik. Lagi lagi itu yang diulangi. Sedangkan sewaktu mereka bercinta dulu bukan satu dua teman lelaki itu. Penuh keliling pinggang. Entah ape ape ntah!!
             “Hah, yang kau pun tak yah nak tunjuk baik la Ryan. Setakat kau tu aku dah kenal lama la. Huh!! Setakat perempuan macam kau tu, bersepah kat club tu hah!!” Dia berkata selamba. Dia tidak akan berpuas hati selagi tidak dapat menyakiti hati Ariana.
          “SHUT UP!! Aku tahu aku memang tak baik. Aku tahu aku jahat. Perempuan liar, tapi sejahat jahat aku tak pernah  minum. Tak pernah buat maksiat!! Tak macam engkau!!” Ujarnya geram.
          Hafiz ketawa lepas. Berpura pura.. “Alah, itu dengan aku. Ngan lelaki lain mana aku nak tahu? Ryan.. Ryan  tak yah buat benda bodoh la. Kau nak berubah? Lelaki macam Ilham tu takkan naknya dekat engkau..” Dia memerli selamba. Bukan dia tidak perasan akan perubahan Ariana sebulan dua ini. Ariana dilihatnya sudah lama tidak meluangkan masanya untuk bersama sama melepak dengannya mahupun kawan kawan lain di club mahupun berpeleseran di mana mana. Mengapa Ariana berubah? Itu dia tidak pasti. Kerana sudah bosan ataupun dipaksa oleh pihak pihak tertentu, atau mungkin juga kerana lelaki yang bernama Ilham itu. Ahh.. Ilham? Siapa lelaki itu sebenarnya? Dia tidak tahu. Tetapi dia akan mengambil tahu tentang itu suatu hari nanti.
          “Kau?” Ariana mengetap bibirnya geram. Namun dia tetap melangkah keluar dari kereta itu sebaik sahaja kereta diparkir di hadapan shopping complex tersebut. Pintu kereta dihempas kuat tanda protes.

Ariana merungut rungut kecil. Hampir dua jam mereka berkeliaran di dalam Sunway Pyramid itu namun sehingga kesaat ini tangan lelaki tersebut masih kosong. Menandakan mereka masih belum membeli sesuatu. Hanya berjalan semata mata.
            “Woi!! Apa yang kau membebel tu hah? Mengomel je tahu!!” Hafiz menjerkah Ariana  yang sedang membebel sendirian. Dia perasan mulut Ariana yang  sedari tadi asyik bergerak biarpun tidak jelas dipendengarannya.
            “Penat tau tak!! Ingat robot aper?” Dia membentak geram.
            “Alah.. jalan sikit pun dah penat. Manja!! Dah jom masuk dalam ni..” Tangan Ariana ditarik pula menuju ke kedai emas yang terletak di hadapan mereka.
            “Kau sabar je lah. Pasni kita gi makan” Dia bersuara memujuk sebaik sahaja melihat Ariana yang berdiam tanpa reaksi.
            “Erm.. ni nak buat apa ni?” Ariana bersuara perlahan. Mengalah!!
            “Cari present untuk adik aku. Esok besday dia. Kau tolong pilihkan erk?” Ujarnya meminta sambil tersenyum senang. Ariana? Gadis ini jikalau kena dengan gayanya mudah sahaja untuk dipujuk.
            “Nak yang macam mana ni? Yang ni lawa sesuai la ngan Atilya” Ariana berkata sebaik sahaja habis meninjau keseluruhan perhiasan yang terletak di dalam Tomei itu. Tangannya menghulurkan rantai emas yang dihiasi permata berwarna ungu yang dirasakan sesuai dengan adik Hafiz yang berkulit putik melepak itu.
            “Confirm” Hafiz bertanya lagi. Tidak silap dia membawa Ariana untuk menemaninya. Taste Ariana memang tinggi sama dengan citarasa adik perempuannya yang baru sahaja menginjak ke umur 18 tahun.
            “Ye!!”
            “Ok.. kan senang macam ni. Dah jom makan. Pasni nak pergi  mana?” Hafiz berkata sebaik sahaja selesai membayar harga rantai tersebut.
             “After makan balik lah..” Ujarnya serius. Dia tidak berniat mahu kemana mana pun. Bukankah dia keluar bersama lelaki ini pada waktu ini adalah kerana dipaksa?
           “Tak nak pergi Diz`z Café? Dah lama tak pergi sana kan. Our group pun dah bising dah coz lama kau tak datang” Ujarnya menyoal. Diz`z café adalah tempat mereka selalu melepak bersama. Memang benar teman temannya disana sudah berulang kali menanyakan kemana Ariana menghilang. Sebagai satu satu nya bekas teman lelaki Ariana memanglah wajar jika mereka semua bertanya kepadanya.
            “Malas la…” Ariana bersuara sambil berpusing  ke belakang. Tidak menyedari ada tubuh yang berdiri hampir dengannya itu.
            “Ouch..”  Perempuan di hadapannya itu menjerit apabila dilanggar secara tiba tiba. Plastic beg di tangannya terlepas dek kerana terlalu terkejut.
            “Opss! Sory, sory.. Tak sengaja..” Ariana berkata sambil mengankat plastic beg milik perempuan yang dilanggarnya itu. Dia berdiri untuk menghulurkan kembali plastic yang berada di tangganya. Melihatkan insan dihadapannya itu matanya terbeliak. Tergamam sebenarnya !!
            “Ilham!!” Bibirnya menyebut perlahan. Matanya melirik tangan perempuan itu yang erat memegang lengan lelaki di hadapannya. Hatinya berbaur dengan seribu satu rasa apatah lagi apabila mengingatkan kegagalannya  menghubungi lelaki itu. Rupa rupanya? Dia mengeleng gelengkan kepalanya. Tidak percaya!!
            “Sofea”
            Air matanya hampir menitis. Ada rasa sakit yang menebak hatinya disaat melihat gadis itu yang berada di sisi Ilham disaat ini. Siapa dia di hati Ilham? Ahh.. dia hanya kawan lelaki itu semata mata. Tapi bukankah Ilham pernah mengaku menyayangi dirinya. Dan sekarang?  Kenapa mengaku menyayangi dirinya sedangkan? Kenapa? Kenapa  memulihkan semangat nya hanya untuk menunjuk kepadanya akan kelukaan yang lebih dalam… Ya ALLAH..
             “Sampai hati awak Ilham” Dia berkata perlahan. Tapi cukup jelas di pendengaran Ilham. Hatinya terasa ingin memberontak.
            “Sofea.. err..” Suaranya teragak agak. Tidak tahu bagaimana mahu menjelaskan kepada Ariana akan hubungannya dengan perempuan disisinya itu.
No..” Ariana mencelah sebelum sempat Ilham menghabis kan kata katanya. “Jom Fiz” Tangan Hafiz ditarik.
            “Sofea..”  Ilham memanggil lagi. Tangan Ariana direntap perlahan. Renungan tajam lelaki disebelah Ariana tidak dihiraukan.  Ariana  ditarik menuju ke tempat yang agak berjauhan dari pandangan yang lain.
            “You buat apa kat sini” Ilham bertanya perlahan.  Dia memandang Ariana dari atas ke bawah. Dia tidak berkenan dengan baju dan skirt pendek separas paha yang dipakai gadis itu.
             Diam. Ariana  hanya diam.
             “Kenapa ni??” Dia bertanya lagi. Air mata yang mengalir di tubir mata gadis itu disapu perlahan. Dia tidak faham mengapa Ariana harus marah dan sedih begitu. Kerana cemburukah? Lalu apa pula maksudnya itu?
            Ariana menepis tangan Ilham. Benci!! Dia benci Ilham. Dia benci lelaki hipokrit seperti Ilham. Hikpokrit? Ahh.. Ariana sedarlah bahawa kau dan dia hanya kawan semata mata. Kau tidak berhak untuk memarahi Ilham. Rasa hatinya berbolak balik.  “Tak de ape ape lah I nak balik. Fiz jom”
             Tangan hafiz digengam kuat. Menarik lelaki itu keluar dari shopping complex tersebut.

Ariana memandang kosong cafe di hadapan mereka. Cafe milik keluarga Hafiz yang juga dikenali sebagai Diz `z Café itu terletak ditengah tengah Bandaraya kuala lumpur dipenuhi oleh ramai pengunjung yang kebanyakanya sememangnya dikenali apatah lagi jarum jam sudah menginjak ke angka sepuluh malam.
          “Buat apa kat sini? Kan I da kata I nak balik” Ujarnya lemah. Mungkin kehabisan daya tenaga selepas melihat Ilham tadi.
          “Makan. Come on.. macam tak biasa makan kat sini.” Ujar Hafiz mengajak.
          “Tapi, I nak balik” Ariana merayu perlahan. Dia tidak ada hati untuk kesini. Apatah lagi sudah lama dia tidak kesini kerana masa masanya banyak dihabiskan bersama Ilham. Ilham? Lelaki itu mana suka ke tempat begini.
            “You nak balik buat apa? Bukannya ada sape sape pun kat rumah you. Ryan ..Ryan.. Tak payah la nak nangis lagi. Sah sah dia tak suka kat you. Dah jom la enjoys…” Tangan Ariana ditarik masuk ke café. Tidak dihiraukan muka kasihan gadis itu. Bukankah kejayaannya mengajak Ariana masuk ke café itu adalah satu kejayaan yang teramat besar?
            Sebaik sahaja kaki Ariana melangkah masuk dia melihat Adilla di atas pentas sedang menyanyikan lagu.  Dia memandang sekeliling. Terasa banyak perubahan yang berlaku.  Sudah lama dia tidak menyanyi di atas pentas itu. Café ini pun sudah banyak berubah rupa, Namun konsep café ini yang menyerupai club club terkemuka di ibu kota  masih sama. Cuma yang berbeza café ini tidak menyediakan minuman keras tetapi lebih berkonsepkan penyediaan makanan ‘western’, selain dari itu tiada artis artis luar yang dijemput untuk membuat persembahan sebaliknya dia dan teman temannya yang akan membuat persembahan setiap hari. Bergilir gilir dengan band yang di ketuai oleh Hafiz.
            “Well, well, well, hari ini kita ada tetamu istimewa ya!!..” Suara Adrizal melatari café sebaik sahaja Adilla siap membuat persembahan.
            “Ryan, miss you so much..” Adilla berkata sambil memeluk Ariana.  Selepas itu dia dipeluk pula oleh teman teman mereka yang lain.
Ariana kaget. Rasanya baru beberapa bulan dia tidak menjejakkan kakinya disini. Tak de la lama sangat!!
          “Nyanyi yuk!! Kau kan dah lama tak datang sini!!” Adila berkata sambil menarik tangan Ariana menuju ke atas pentas..
          “No.. tak nak lah. Aku datang nak makan je” Ariana menolak. Dia tiada mood untuk melalak di atas pentas itu. Kalau la Ilham tahu dia kesini maunya dia teruk dimarahi lelaki itu lagi. Kerana dia tahu Ilham tidak suka dia berpeleseran begitu. Tetapi mengingatkan tentang kejadian tadi. Dia tidak pula rasa mahu keluar dari café itu. Biarkan! Biarkan Ilham sakit hati sepertinya!
          Dia  melirik jam sekilas. Sudah hampir satu jam lebih dia berada disini. Namun pingannya masih tidak luak sedikit pun. Seleranya terasa mati. Pinggan ditolak ketepi. Matanya mencari kelibat Hafiz. Lelaki itu meninggalkannya sebaik sahaja selesai makan. Hatinya merengus geram sebaik sahaja melihat Hafiz bersama seorang perempuan di satu sudut café itu. Tangan lelaki itu erat melingkar di pinggang perempuan tersebut manakala mukanya disembamkan ke celahan rambut gadis yang padanya boleh diketegorikan sebagai perempuan gedik itu. Huh cinta konon!!
Ariana berjalan pantas.. “Hafiz I nak balik. Cepat hantar I..”
            “Ala.. relax la. Kau pergi la enjoys dulu. Pukul 12 pun belum lagi!!” Dia bersuara selamba. Tangannya semakin erat memeluk gadis yang baru sahaja di kenalinya itu.
            “Aku nak balik, jom lah” Ariana bersuara lagi. Sedikit tegas. Meluat!!
            “Kau tak Nampak ker aku tengah buat apa nih?”
            Ariana tersenyum sinis.. “I said NOW!!!” Dia menjerkah kuat. Seketika suasana café sunyi sepi. Mungkin mereka semua terkejut apabila dia berani menjerkah Hafiz di khalayak ramai. Apatah lagi Hafiz merupakan pemilik Diz`c Cafe ini. Dia mencebik apabila semua memandangnya. Ader aku kesah!!
            Hafiz merengus. Mukanya terasa memerah apabila ditengking begitu. Perempuan ni memang nak kena ajar!! Tangan Ariana ditarik keluar dari Café. Setibanya di kereta dia membuka pintu lalu menolak Ariana masuk ke dalam kereta.
            “Sakit lah..” Ariana menjerit nyaring. Sakit tangannya apabila ditarik begitu.
            “Sakit!!  Mai aku tolong ubatkan” Dia berkata sinis seraya mengusap tangan Ariana. Selepas itu tubuh Ariana ditarik kuat. Mulutnya disembamkan ke tengkuk gadis itu. Yakin Ariana akan tewas malam ini. Sakit hati akibat ditengking Ariana dirasakan dapat dibalas apabila Ariana meronta begitu. Ariana yang merasa tubuhnya dirangkul kuat, menarik tangannya dari lelaki itu. “Apa ni.. lepas lah” Dia menjerit kuat. Terasa tangan Hafiz yang sedang melata ditubuhya amat menyakitkan. Ya ALLAh.. air mata semakin kuat mengalir dipipinya.
            “Fiz tolong. Tolong lepaskan..Jangan buat aku macam ni” Dia merayu sambil mencuba untuk melepaskan dirinya.
            Hafiz hanya ketawa lepas. “Ini balasan untuk orang macam kau!!” Mukanya sekali lagi disembamkan ke celahan rambut Ariana yang sudah terurai akibat ditarik kasar.
            “Please.. Jangan.. sak.. sakit.. lepas la.” Dia merayu lagi terasa lemah seluruh badannya akibat dirangkul terlalu kuat.
            “Tolong..to…” Kepalanya terasa berpinar apabila berterusan dikasari begitu apatah lagi apabila kepalanya terhantuk di cermin kereta berulangkali. “Hafiz.. ja…”
            Tok tok tok!! bunyi cermin kereta yang diketuk kuat membuatkan gerakan Hafiz sedikit terhenti.
            “Kurang ajar kau” Lelaki itu menarik Hafiz keluar. Dia kemudiannya membelasah Hafiz sepuas hati. Sakit hatinya melihat Ariana diperlakukan sebegitu. Hafiz yang sememangnya tidak bersedia dengan serangan yang bertubi itu tersungkur ke tanah.
            “Jangan pernah kau dekat dengan Ariana lagi! Kalau tidak mampus kau aku kerjakan!!” Dia berkata tegas sambil kakinya menyepak lelaki itu yang terbaring lemah. Puas hatinya!! Kemudian dia menuju ke sebelah kanan kereta.
            “Ya ALLAH Sofea..” Ilham bersuara mengucap sebaik sahaja melihat keadaan Ariana yang bagai orang tidak sedarkan diri. Terdapat darah dipipi gadis itu. Mungkin kerana ditampar. Binatang kau!! Dia menyumpah lagi.
            “Ilham. Sakit..” Ariana mengadu perlahan sebaik sahaja melihat kelibat Ilham. Bibirnya sakit. Badannya terasa lemah..
            “Sabar Fea..” Ilham berkata seraya mengankat Ariana menuju ke keretanya
           “Am, Fea minta maaf..” Ariana berkata lagi. Air matanya masih laju mengalir dipipi. Kalaula dia tidak berkeras dengan Ilham tadi pasti benda ini tidak akan berlaku, kalau la dia tidak mengikut Hafiz tadi pasti.. kalau la.. kalau..
            “Syhh, Its ok.. nanti kita bincang..” Ilham berkata sambil mengusap pipi Ariana perlahan.
“Am, maafkan Fea. Fea janji lepasni Fea tak buat lagi. Fea janji Fea akan berubah. Fea..”
Enough Fea. We can discuss it later k..”
“Am.. ” Ariana bersuara lagi. Banyak yang ingin dikatakan kepada Ilham. Dia ingin menuturkan janji buat lelaki itu. Dia ingin berjanji bahawa dia tidak akan menjejakkan kakinya ke tempat begini lagi. Tapi..
            “Sofea.. Fea.. Bangun Sofea..” Melihatkan Ariana yang kaku bagai orang yang tidak bernyawa Ilham tergamam. Ya ALLAH!!

No comments:

Post a Comment