LUAHAN HATI

glitter graphics welcome

Melakar langit sejarah Membina awan impi Bila aku menjejak Ia menjadi pasti Letakkan dunia di telapak kakiku biar kupijak Tanamkan akhirat pada jiwaku biar kurindu Sisipkan cinta dalam hatiku biar aku menjadi aku Langit tunggu ku tawan Bumi tunggu kulakukan perubahan Kalamku adalah pedang Gerakku adalah tsunami Tulisanku adalah arang yang menyemarakkan api Seluruhku adalah penggegar bumi Ilahi hanya aku seorang hamba

Monday, October 18, 2010

aNDaI itU taKdIR CiNta ( 8 )

Bunyi nyaring alarm phone yang mendendangkan lagu My Heart Froze mengejutkan Ariana dari lena yang panjang. Jam dihandsetnya dilirik sekilas. Sepantas itu juga dia bangun lalu mencapai tualanya.
            Sejam kemudian dia turun dengan lengkap memakai jeans, t-shirt kuning lembut beserta sweater yang diikat kemas di pinggannya. Langkahnya dilajukan menuju ke dapur sebaik sahaja terlihat kelibat Mak Ilah yang sedang menyediakan sarapan pagi.
            “Good morning Mak Ilah” Bahu Mak Ilah ditepuk perlahan.
            “Oh.. mak engkau Good morning. Ish kamu ni Ariana. Assalamualaikum bukannya Good Morning tahu!!” Mak Ilah melatah sambil memusingkan bahunya beserta sudip di tangannya. Terkejut pula dia apabila tidak pasal pasal bahunya ditepuk dari belakang.
            “Huhuhu.. Mak Ilah tu yang cepat terkejut. Ini kenapa ni?” Tangannya menunjuk kepada sudip yang jelas  berada di atas kepalanya. “Mak Ilah nak ketuk kepala saya ker?”
            “Ish kamu ni. Takder maknanya Mak Ilah nak ketuk kepala kamu. Ni kenapa datang kedapur ni? Pergi ke depan. Air dah sedia. Kamu pergila minum dulu” Mak Ilah mengarahkan pula. Lagi pula apa kejadahnya dia nak mengetuk kepala anak orang pagi pagi buta begini.
            “Mak Ilah tak minum sama? Elly mana?”
            “Minum la dulu. Mak Ilah nak siapkan sarapan ni dulu. Elly ada kat atas, tengah mencari buku katanya tak jumpa..”
            “Ouh! ok. Mak Ilah saya pergi depan erk..” Ariana memberitahu sambil menghalakan langkahnya ke ruang makan. Tidak sampai sekerat jalan Ariana memusingkan badannya kembali. “Mak Ilah, Amyra dah turun?”
            “Aftarfirullah.. Tak ingat Mak Ilah nak bagitahu. Pagi pagi lagi kawan kamu tu dah turun,  nak tunggu teksi katanya. Nak lepak library pagi ni..”
            “Hah!! Pukul berapa dia turun?” Ariana menjerit kecil dek kerana terkejut. Amyra tunggu teksi? Adush tak ingat pula dia memberitahu Amyra semalam supaya temannya itu pergi ke kampus bersamanya.Yela satu kampus kan.. bukannya susah pun.
            “Pukul 7.30 tadi”       
            Ariana melirik jam ditangan. 8.00 pagi. Dah setengah jam la ni Myra keluar. Hatinya membebel sendiri “Erm k la.. tq mak Ilah”
            Ariana tergesa gesa  menuju ke ruang tamu. Pintu utama diselak kuat. Untung untung Amyra masih ada disekitar kawasan perumahannya. Kepalanya terhendap hendap mencari kelibat Amyra. ‘hurm.. takdepun. Dah pergi ker? Pergi naik apa? Teksi? Ish mana ader teksi kat sini. Adoi myra myra, takde pasal cari pasal..’
            Puas mencari dia masuk kembali kedalam rumah. “Mak Ilah saya pergi dulu la ya. Saya nak cari Myra. Risau la. Lagipun mana ader teksi yang lalu depan ni. Silap silap dia menapak sampai kedepan jalan besar. Haru tu”
           “Habis tak sarapan dulu la ni” Mak Ilah bertanya sambil membawa bihun yang siap dimasak menuju ke ruang makan.
            “Takpelah. Saya sarapan kat kampus je”
            “Erm.. jalan baik baik..”
            “Ok” Beg sandang yang berada di atas meja ditarik lalu disangkut dibahu. Kemudian dia menghidupkan enjin kereta Myvi . Belum sempat enjin kereta panas kereta Myvi nya sudah diundur menuju ke jalan utama.

“Ouh  mumy sampai bila nak kena jalan ni? Dah naik lenguh dah kaki ni berjalan, tak sampai sampai jugak ke jalan besar” Amyra membebel lagi. Mana tidaknya serasanya sudah melebihi setengah jam dia berjalan. Tapi batang hidung jalan utama masih juga tidak kelihatan.
          Hatinya mula risau. Kelasnya akan bermula pada pukul 10 pagi, sedangkan jarum jam sudah menginjak ke pukul 8.30 pagi. Sengaja dia berangkat awal tadi kerana dia bercadang untuk menyiapkan assigmentnya di library. Tapi nampaknya?  “Teksi ouh teksi kemana la kamu. Hury up.. help me..” Mulutnya bercakap sendiri dek kerana terlalu geram apabila sedari tadi satu teksi pun tidak melalui jalan rumah Ariana.
          Pon pon!!!
Ariana menekan hon keretanya kuat sebaik sahaja ternampak kelibat Amyra. Cermin ditingkapnya diturunkan separa. “Cik kak nak gi mana? Boleh saya tumpangkan”
          “Ish main main la awak ni. Nyaris saya tak pengsan tau. Awak mana teksi? kenapa takder teksi kat sini”
          Ariana menepuk dahinya perlahan. Kalau dah hati baik tu, baik la jugak. Sekali nampak macam lurus bendul pun ada. Aperla cik Amyra ni.
          “Dah tak payah tunggu teksi. Naik kereta ni cepat..”
          “Err..” Amyra terasa serba salah. Sudah la tinggal di rumah Ariana free.. ye la nak bayar sewa rumah Ariana tak bagi. Kata dia rumahnya bukan rumah sewa. Sekarang takkan nak pergi kampus pun nak free jugak. Lebuh raya karak pun ada tol tau!!
          “Cepat, kalau tak saya tinggal” Ariana mengertak kuat. Geram pula dia dengan sikap Amyra yang tidak mahu terlalu bergantung pada orang lain tu. Habis segala ditolak tambah. Bukan dia tak tahu apa yang dilamunkan oleh temannya itu.
          Dek kerana terlalu terkejut tangan Amyra laju membuka pintu sebelah penumpang. Baru sahaja dia menutup pintu,  kereta itu terus sahaja meluncur laju membelah jalanraya.
“Kenapa awak jalan kaki? Awak tahu tak bahaya. Jauh..” Ariana membebel melihatkan Amyra yang diam sedari tadi.
            “Jauh? Berapa lama?” Amyra bertanya kembali. Ya ALLAH jauh sangkat kah rumah Ariana dengan kampus? Habis lepasni macam mana? Salah langkah kah dia apabila menerima perlawaan Ariana untuk tinggal bersama demi membantu gadis itu?
            “0ne hours
            “What??” Amyra terjerit kecil. Bapak jauh, matila aku pasni.
            “Teksi selalunya lalu pukul brapa kat laluan rumah awak?”
            “Bad news.. no teksi kat laluan rumah saya” Ariana berkata dengan nada kecewa. Benar benar bad news barangkali.
            “Ariana, habis macam mana saya pasni.. ?” Suara Amyra lirih. Binggung!
            “Macammana apa?” Ariana bertanya kembali. Sudah faham sebenarnya tetapi seperti biasa dia tetap juga mahu bertanya.
            “Macammana saya nak pergi kampus?”
            “Myra, jangan wat lawak sengal boleh tak? Awak pergila dengan saya apa susah?” Ujarnya selamba. Riak sedih yang terpamer di wajah temannya itu langsung tidak mengundang simpati dihatinya. Manakan tidak dia merasakan kata kata Amyra itu tidak lebih daripada lawak sengal.
            “Takkan saya nak susahkan awak lagi kot” Ujarnya serba salah.
            “Awak tak susahkan saya. Malahan awak menyenangkan saya cik Amyra. Mulai hari ni awak pergi dengan saya tau.” Ariana berterus terang. Kasihan pula melihat muka serba salah itu.
            “Tapi..”
            “No tapi tapi.. muktamad. Dah sampai pun. Tadi kata ada class kan. So aper lagi cik Amyra pergi la kelas sekarang..” Ujarnya memotong pantas. Dia tidak mahu Amyra berasa serba salah. Bukannya Amyra yang meminta  tetapi dia yang benar benar ingin memberi. So why not we just drop out  the matters?
            “Erm.. Ariana thank you..” Ujar Amyra bersunguh sungguh.
            Ariana tersenyum Cuma.. “Your welcome!!”

“Hai gurls” Ariana menyapa sebaik sahaja dia tiba didewan kuliah utama. Kelasnya akan bermula setengah jam saja lagi. Melihat kelibat Adilla, Ana dan Hani dia mendepakan tangan. Terasa rindu pula kepada teman temannya itu.
            “Hey.. you are back. So how was your holiday?” Adilla bertanya sambil tersengih sengih. Sengaja mahu menyakat temannya itu sedangkan bukannya dia tidak tahu Ariana bercuti gara gara kerana perangai buruk teman mereka juga, Hafiz.
            “Banyak la kau punya holiday. Ni kenapa berkumpul ni? Ngumpat? Takde kerja” Tangannya dicekak ke pinggang. Namun dalam masa yang sama dia tetap juga tersenyum ceria.
            “Ish.. macam la kita orang tak der kerja. Ryan..” Hani memanggil pula. Dia ingin memberitahu sesuatu kepada temannya itu.
            “What..” Suaranya masih juga selamba.
            “Hafiz..” Suara Hani teragak agak.
            “Please la. Aku tak nak dengar nama dia lagi mulai hari ini. Faham? “Ariana berkata tegas. Hilang terus senyuman yang terlakar dibibirnya itu. Dia tidak mahu mempunyai hubung kait dengan lelaki itu lagi. Sakit hatinya setiap kali mengingati kejadian itu.
            “Tapi dia menyesal. Dia minta maaf ngan kau” Ujar Adilla bersungguh sungguh. Benar katanya kerana sudah berulangkali Hafiz memintanya memberitahu Ariana betapa dia benar benar kesal dengan apa yang dilakukannya itu.
            “Hah menyesal? Minta maaf? Tak de kesannya bagi aku..” Ariana mencebik. Hafiz Hazriq punya perasaan kesal? Huhuhu bla la.. Bukannya dia tidak kenal lelaki itu. Cinta monyet mereka dulu sahaja sudah mencecah tiga tahun. Masih tidak cukup kah masa itu untuk dia menelah siapa Hafiz sebenarnya?
            “Ryan kita semua dah kawan lama kan?” Ana menyampuk pula. Padanya Ariana tidak wajar berkata sinis begitu.
            “Yups. Memang terlalu lama. Hingga aku tak pernah sekali pun sangka kalau Hafiz sanggup buat aku macam tu” Ujar Ariana pula.
            “Tapi Ryan dia dah menyesal. Dia betul betul nak minta maaf dengan engkau.” Hani bersuara pula.
            “Aku tak percaya orang macam dia ada rasa menyesal..” Ariana menjawab sekali lagi. Sinis. Ye la mana mungkin orang yang tidak berperikemanusiaan seperti lelaki itu akan punya rasa menyesal.
            “I minta maaf Ryan”
            Err.. Ariana terdiam. Dia seakan terdengar suara seseorang di kalangan mereka.
            “I betul betul minta maaf..”
            Ariana berpaling mencari suara itu. Ouh mamat ni rupanya. Apa dia buat kat sini? Hatinya bertanya sendiri. Akhirnya dia mengetuk kepala sendiri. Sudah tentunya bayang Hafiz akan sentiasa bersamanya mana tidaknya mereka berdua kan sekelas.
            “What so ever.. I don`t want to hear anything.. please!!”
            “I minta maaf sangat sangat.. sory!!” Hafiz merayu lagi. Bahu Ariana di pegang kejap.
            “Hey.. don`t touch me.. kotor tahu tak..” Tangan Hafiz ditepis kasar.
            “Ryan..  I ..”
            “Dengar sini Mohd Hafiz Hazriq Bin Dato` Azlan. Bersaksikan kau Dila, Hani and Ana” Dia menarik nafas panjang, bersuara nyaring sambil menunjuk kearah satu persatu teman temannya.
            “Aku.. Nur Ariana Sofea.. TAKKAN PERNAH maafkan engkau sampai bila bila. Dan dengan rasminya aku umumkan mulai saat ini, dan detik ini.. kita PUTUS kawan. Dan engkau jangan pernah ganggu hidup aku lagi.. you got that!! And this for all you have done to me” Seiring dengan kata kata itu. Tangannya dihayun tinggi. Tepat mengena pipi lelaki itu. Ariana kemudiannya keluar kelas dengan hati yang lapang. Puas kerana dapat menampar lelaki itu. Puas kerana dapat membuang lelaki itu jauh dari hidupnya, yang penting sekali hatinya puas kerana mulai detik itu dia tidak akan lagi punyai hubung kait dengan lelaki itu yang mana Ilham pasti akan turut gembira dengan tindakannya itu.

No comments:

Post a Comment