LUAHAN HATI

glitter graphics welcome

Melakar langit sejarah Membina awan impi Bila aku menjejak Ia menjadi pasti Letakkan dunia di telapak kakiku biar kupijak Tanamkan akhirat pada jiwaku biar kurindu Sisipkan cinta dalam hatiku biar aku menjadi aku Langit tunggu ku tawan Bumi tunggu kulakukan perubahan Kalamku adalah pedang Gerakku adalah tsunami Tulisanku adalah arang yang menyemarakkan api Seluruhku adalah penggegar bumi Ilahi hanya aku seorang hamba

Wednesday, October 20, 2010

AnDaI itu TaKDiR CiNta 40

Ariana termenung lama. Pipinya diusap lagi. Biarpun sudah beberapa hari berlalu namun sakit tamparan itu bagaikan masih terasa. Hari ini dia datang awal kekelas kerana bangun awal. Mungkin kerana dia tidur awal semalam. Tidak dihiraukan gelak ketawa teman teman disebelah. Hatinya rungsing.  Sebal dengan hari hari yang dilaluinya.
“Hai sayang berangan ya” Zakuan menyapa sebaik sahaja tiba dikelas sambil berjalan menuju ketempat Ariana. Rindu pula dia untuk melihat wajah itu. Apatah lagi sudah lama mereka tidak berjumpa. Malahan janji mereka untuk bertemu malam itu pun sehingga kehari ini dia masih tidak tahu atas sebab apa dibatalkan.
Ariana hanya tersenyum. Berderai segala lamunannya. Disaat lelaki itu datang ketempatnya dia hanya mengensot sedikit. Memberi ruang buat Zakuan untuk duduk disebelahnya.
“Kenapa ni” Zakuan bertanya lembut. Wajah sayu Ariana ditatap mendalam. Bertanyakan apa yang membelenggu pemikiran Ariana sehingga gadis itu termenung jauh.
“Ermm.. tak de aper!!” Ariana hanya tersenyum Cuma. Mana mungkin dia memberitahu bahawa dia dipukul Zairil. Lecturernya yang merangkap suaminya itu. Sedangkan sehingga kesaat ini pun masih tiada siapa yang tahu mereka berdua adalah pasangan suami isteri.
“Semalam kenapa tak keluar. Lama I tunggu!!..” Zakuan bertanya pula. Sangkanya Ariana akan keluar semalam. Lama dia menunggu gadis itu. Apabila talian Ariana dihubungi hanya mesin suara yang menjawab panggilannya itu.
“Saja .. ada kerja sikit.” Ujar Ariana bersahaja.
“Ye la tu..” Tubuh Ariana dipaut supaya mendekatinya.
Tidak menunggu lama Ariana turut merebahkan kepalanya di bahu Zakuan. Sakitnya terasa terubat apabila pipinya dibelai manja.
“Good morning!!”
Ariana berpaling. Dia hanya menjeling sebaik sahaja melihat kelibat Zairil. Kepalanya yang tadi berbaring santai di bahu Zakuan ditegakkan namun tidak pula dia mengalihkan badannya menjauh dari tubuh lelaki itu. Sebaliknya dia hanya bersandar dikerusi sambil dipeluk Zakuan. Tidak dihiraukan tangan lelaki itu yang menakal dipingangnya.
Zairil yang melihat terasa tersentap. Benar benar keterlaluan. Berpelukan di hadapan suami sendiri. Benar benar tidak punya maruahkah Ariana? “Awak keluar sekarang” Ujarnya sambil menunjuk kearah zakuan.
Zakuan terpingga pingga. Yakin kerana kata kata itu ditujukan untuknya memandangkan sir Zairil memandang ke arahnya.
“Saya kata keluar sekarang!!” Zairil berkata tegas. Dia tidak mahu melihat muka Zakuan berada di kelasnya diketika ini.
“Kenapa?” Zakuan bertanya kembali.
Zairil yang melihat reaksi selamba Zakuan terus sahaja menerpa lelaki itu. Lalu ditarik kedepan dewan. Dia sudah tidak mampu bersabar lagi.
Ariana hanya mampu melihat dengan pandangan kosongnya. Tidak mampu bersuara. Lidahnya kelu untuk berkata kata.
“Relax la.. bro.. apa ni? Tak pasal pasal..”
“Kepala hotak kau tak pasal pasal. Kau keluar kelas sekarang” Zairil menengking pula. Geram apabila Zakuan langsung tidak menghormatinya. Ahh.. mengapa sahaja kelasnya dipenuhi dengan pelajar- pelajar yang tidak bermoral?
“Apa ni sir..”
Buk!! Tubuh zakuan terdorong kebelakang akibat ditumbuk Zairil. Tidak berpuas hati. Zakuan membalas kembali. Namun tangannya pula yang direntap sehingga dia tidak mampu bergerak.
Zairil yang melihat hanya  tersenyum sinis “Kau dengar sini. Jangan kau dekat dengan Ariana lagi. Faham??” Seusai berkata dia menolak tubuh pelajarnya itu hingga terduduk di lantai. “Keluar kelas sekarang. Aku tak nak tengok muka kau.” Dia memberi arahan tegas.
Zairil memandang Ariana pula. “Ariana awak duduk depan!!” Tangannya ditunjuk kearah kerusi hadapan.
Ariana yang terkejut hanya mampu melangkah kehadapan. Tidak mampu memberi sebarang reaksi.
“Saya nak you all diamkan apa yang terjadi tadi. Faham!!” Zairil berkata pula kepada pelajar pelajarnya yang dilihatnya hanya menganguk. Seusai sahaja drama sebabak itu dia memulakan kelas seperti biasa. Seolah olah tiada apa yang berlaku. Tidak dihiraukan muka Ariana yang pucat memandang kelantai.

Ariana menatap jam lama. Dia mula dapat menghidu permainan Zairil. Lelaki itu dilihatnya semakin agresif. Berani memukulnya sekiranya dia ingin keluar. Malahan Zairil tadi langsung tidak menunjukkan riak bersalah apabila memukul Zakuan. Dia akui dia takut. Tetapi apabila mengingat cabaran Zairil dahulu dia menjadi kuat semula. Tidak!! Dia tidak mahu lelaki itu mengawal hidupnya. Dia tidak mahu kalah!!
Pintu almari dibuka. Sebaik sahaja bersiap dia turun ketingkat bawah. Tidak dihiraukan Zairil yang memandangnya tajam.
Zairil mengetap bibir. Ah.. Ariana memang sudah keterlaluan. Tidak menunggu lama tubuh kecil itu dipaut lalu ditarik ke sofa.
“Sakit Aril. You jangan ingat I diam I kalah. You jangan ingat dengan tamparan you tu I akan takut. You silap besar Aril. Silap besar!!” Ariana menengking kuat. Tubuhnya yang terdorong kebelakang akibat ditarik tidak dihiraukan. Langkahnya tetap juga bersahaja melawan tangan Zairil itu.
“Huh.. jangan keluar. Tak faham!!” Zairil berkata tegas.
“Tidak!!”
Seusai berkata dia berlari laju menuju ke laman rumah. Enjin kereta dihidupkan lalu dia membawa haluan keretanya ketempat biasa.
Zairil yang melihat mengetap bibirnya geram. Tidak menunggu lama dia turut keluar dari banglonya itu.  Ariana benar benar sudah keterlaluan!!
Ariana berbaring lemah di sofa sebaik sahaja sampai di café. Tidak dihiraukan mereka semua yang sedang sakan ketawa. Dia hanya mahu menenangkan dirinya sahaja. Hanya itu.
“Hai.. datang sini lagi” Hafiz menegur. Mereka berdua biarpun sudah kembali berkawan seperti biasa tetapi tetap juga jarang bersua muka.
Ariana hanya tersenyum. Matanya yang tadi pejam kembali celik.
“Err.. I nak cakap sikit boleh!!” Hafiz bertanya pula. Sudah lama dia memerhatikan tingkah laku Ariana yang semakin meliar itu. Dan dia benar benar tidak suka.
“Apa?” Ariana bertanya kembali.
“Apa yang you buat ni.. risau I tengok you macam ni” Hafiz memulakan bicara. Dia benar benar risau melihat perubahan mendadak Ariana.  Bukanlah dia tidak suka kan perubahan Ariana itu, tetapi mengenali bekas kekasihnya itu dia tahu Ariana bukan begitu, Ariana biarpun selalu menemaninya ke club dahulu tetapi gadis itu tahu menjaga diri. Pantang baginya jika ada yang berani menyentuhnya. Dia yang bercinta dengan gadis itu pun paling tidak hanya mampu merangkul pinggang Ariana.
Dulu dia akui dia nakal.  Sehingga tergamak melakukan perbuatan tidak bermoral kepada Ariana tetapi sebaik sahaja pipinya ditampar ditambah dengan tindakan nekad Ariana memutuskan persahabatan mereka membuatnya sedar betapa Ariana benar benar gadis istimewa dihatinya. Masalahnya sekarang dia tidak mahu Ariana merosakkan diri sendiri kerana dia tahu Ariana menjadi begitu gara gara Ilham.
Lebih dari itu dia tahu Ariana tidak semurah teman temannya yang lain. Masalahnya sekarang sikap liar Ariana semakin menjadi jadi. Dia bimbang sebenarnya. Bimbang Ariana menjadi mangsa lelaki lelaki di club malam ini. Dia tidak mahu Ariana ‘rosak’ gara gara mereka semua.
“You tak suka I datang sini ker?” Ariana bertanya kembali. Tidak faham mengapa harus Hafiz mengatakannya begitu. Tidak sukakah lelaki itu melihatnya kembali ke dunia mereka. Bukankah lelaki itu juga yang memerlinya dahulu supaya tidak usah berlagak menjadi baik?
Bukan itu maksud I .. tapi .. ahh.. straight to the point.. I tak suka tengok you kehulu ke hilir dengan dia orang semua tu” Hafiz berterus terang. Dia memang tidak suka melihat tubuh Ariana diusung ke hulu ke hilir bersama mereka semua. Biarpun Ariana dilihatnya hanya selalu membiarkan pinggangnya sahaja yang dirangkul  tapi sampai bila iman gadis itu akan teguh jika terus terusan dirayu begitu.
Lebih parah dari itu dia yakin iman siapa yang tidak akan tergugat apabila melihat wajah comel Ariana. Silap hari bulan Ariana pula yang dipaksa mengadai bodynya itu.
“Kenapa you jelous?” Ariana menduga. Dia benar benar tidak mahu menelah ‘dalam’ ayat temannya itu. Tidak penting baginya. Bukankah fikirannya kini sedang rungsing!
Hafiz tersenyum “I akui I cintakan you. I minta maaf sebab pernah buat you macam tu. Tapi sekarang.. I mohon hentikan kerja gila you. I..” Ujarnya mahu menerangkan. Cukup lah Ariana, jangan dilakukan kerja gila itu lagi. Hatinya sempat memohon apabila kata katanya disampuk Ariana.
“Kenapa?”  
“Apa yang you buat tu tak berbaloi. Apa yang you  nak sebenarnya. Kehulu kehilir dengan differ guys.. enough Ryan.. enough!!” Tegas kata katanya apabila Ariana dilihatnya bagai tidak mahu mengerti.
“Ahh.. bosan la you ni. Ketepi la.. I nak keluar” Tubuh Hafiz ditolak. Dia tidak perlukan kata kata nasihat diketika ini. Cukuplah hanya Zairil yang membebel panjang. Cukuplah hanya Ilham yang meninggalkan luka yang dalam kepadanya. Cukuplah hanya Amyra yang tega meninggalkan dia kerana tidak tahan dengan perangainya. Cukuplah! Cukup!

 “Masuk la” Taufiq mempelawa Ariana masuk kebilik yang telah ditempahnya itu apabila melihat Ariana yang bagai teragak agak untuk masuk kesitu.
Ariana memandang lagi. Selamatkah dia bersama Taufiq diketika ini? Ahh.. tak usah difikirkan masakan Taufiq mahu berbuat buruk dengannya. Hatinya berdesis kecil. Yakin dia akan selamat bersama lelaki itu. Tidak mahu menunggu lama Ariana hanya menganguk. Dia kemudian berbaring lemah di sofa. Kepalanya terasa sakit dek kerana tekanan demi tekanan yang muncul kebelakangan ini. Itu sebabnya dia mengajak Taufiq membawanya kemana sahaja. Supaya dia mampu menenangkan fikiran.
“You nak Air apa?” Taufiq bertanya pula. Bibirnya terlakar senyuman mesra apbila melihat Ariana yang sudah berbaring begitu. Tidak sangka Akhirnya Ariana sudi pergi ke tempat begini bersamanya.
“Apa apa je la.. I sakit kepala ni” Ariana mengadu lemah.  Kepalanya benar benar sakit diketika ini. Dia sudah tidak mahu memikirkan apa apa lagi.
“Ok lah.. you tengok la tv dulu!!” Dia memberikan cadangan.  Lalu pergi ke ruangan dapur itu. Mahu menyediakan air buat Ariana tetapi melihatkan hanya mineral sahaja yang ada dia mengambil gelas lalu menuangkan air tersebut.
Ariana hanya menganguk. Remote tv ditekan tekan. Cuba mencari cari siaran yang menarik. Namun dia kembali meletakkan kembali remote sebaik melihat tiada apa pun yang menarik untuk ditonton.
Taufiq yang melihat aksi Ariana itu sekali lagi tersenyum gembira. Gembira kerana dapat berdua duaan dengan Ariana dihotel lima bintang itu.
“Nah.. air kosong je. Ni makan la” Tangannya memberi sebiji pil.
“Apa ni” Ariana bertanya pelik. Kesakitan yang terasa dikepalanya membuatkan dia tidak mampu berfikir jauh.  
“Panadol you sakit kepala kan” Ujarnya separa memujuk.
“Ermm..” Tidak menunggu lama panodol itu ditelan. Kepalanya diketuk perlahan bagi menghilangkan rasa sakit. Ahh.. mengapa sahaja dia ditimpa sakit kepala diketika ini.
Lama Ariana berbaring. Merasakan tubuhnya sudah mampu berdiri dia lantas sahaja bangun.“I nak gi toilet jap” Ariana memberitahu pula. Apabila melihat Taufiq menganguk dia melangkah pergi.
Lima minit kemudian Ariana keluar. Ketika itu Taufiq dilihatnya sedang berbaring dia atas katil sambil menonton tv.
Come.. here.. berehat..” Ujar Taufiq sambil menunjuk tempat disebelahnya. Berharap Ariana berbaring disebelahnya. Ahh.. jikalau dia tidak mengajak pun pasti tubuh yang sedang terhuyung hayang itu akan datang memeluknya juga. Senyumannya menakal.
Ariana hanya tersenyum. Tubuh lelaki itu didekati. Lalu dia berbaring lemah. Diketika ini di matanya hanya terbayang bayang akan senyuman Taufiq itu. Sudah hilang segala resahnya yang takut dipengapakan Taufiq tadi. Malahan tanpa sedar dia pula yang menerpa kerah Taufiq lalu berbaring disebelah lelaki itu.
Sebaik sahaja Ariana berbaring disebelahnya Taufiq memeluk gadis itu erat. Rambut Ariana dicium lembut. Kemudian dibelai perlahan.
“kenapa I rasa pening ya?” Dalam rasa separa sedar dan tidak Ariana bertanya lagi. Pelik pula dia apabila merasakan pandangannya yang berpinar itu. Namun tidak pula dihihiraukan Taufiq yang sedang mecumbui tengkuknya sambil memeluknya erat. Dia hanya mahukan ketenangan. Dan dia rasa senang dibelai begitu.
“You kan sakit tadi. You tidur je lah” Taufiq menjawab selamba sedangkan pada masa yang sama dia sudah tersenyum sinis. Manakan gadis itu tidak pening jikalau dia sudah memberi pil kepada Ariana. Pil yang dikatakan panadol itu sebenarnya pil khayal yang diberikan temannya tadi. Tubuh Ariana yang meliang lentok akibat khayal tadi dilihatnya penuh berkeinginan.
“Ermm..” Ariana hanya mengiyakan. Batang tubuh lelaki itu yang dekat dengannya dipeluk erat. Dibiarkan sahaja  tangan Taufiq merungkai pakaiannya. Dia benar benar sudah khayal dengan dunianya ketika itu. Tidak sampai beberapa minit dia sudah pun terlena.
Taufiq yang melihat Ariana yang sudah tidak sedarkan diri hanya tersenyum puas. Puas hati kerana akhirnya Ariana jatuh keribaannya. Tidak sia sia lah dia berlakon baik dihadapan Ariana selama ini. Setelah itu tubuh itu dipeluk semakin erat. Seakan tidak mahu melepaskan biarpun telinganya bagai dapat mendengar bunyi bising. Tidak untuk malam ini.

Prang! Ilham terkedu. Nyaring bunyi  kaca jatuh mengejutkannya yang sedang menyiapkan kertas kerjanya  itu. Matanya tunak memerhati keadaan biliknya. Mencari cari benda yang terjatuh itu.
“Masya Allah” Ilham mengucap panjang sebaik melihat bingkai gambarnya dan Ariana yang sudah berada di lantai dengan diselaputi kaca. Tangannya dihulurkan untuk mengambil gambar tersebut.. “Auch” Dia menjerit pula sebaik kaca kecil itu mengena jarinya. Gambar ditangannya terlepas. Jarinya yang menitis darah merah dilihat lama. Ahh.. kenapa pulak ni?
Matanya menatap pula ke balkoni bilik yang terbuka. Jelas di matanya keadaan langsir yang bergerak akibat ditiup angin kencang. Angin ributkah?
Melihatkan angin yang semakin kencang Ilham lantas menarik grill. Lalu dia pergi ke tepi almari itu kembali. Gambar mereka berdua diambil.
Ilham mengerutkan dahinya. Darah? Matanya terbeliak sebaik melihat ada titisan darah yang mengena di gambar Ariana. Tidak pula dia perasan tadi.
Bibirnya diketap perlahan. Bagai dapat merasa sesuatu yang buruk sudah terjadi. Mendengar bunyi kriut pintu dibuka dia berpaling.
“Kenapa abang ngah.. pucat semacam je” Shireen menegur. Riak wajah abangnya yang jelas pucat itu ditatap lama. Melihatnya Ilham yang hanya membeku. Dia mendekat. Sebaik melihat gambar yang berada di tangan abangnya itu dia mengerti kini. Pasti abangnya itu masih teringat akan kekasihnya yang ditinggalkan di Malaysia. Ahh.. kasihan Abang ngah terpaksa berkorban gara gara Abang long dan umi! Hatinya berdesis kecil.
Beberapa bulan yang lalu dia turut menangis hiba sebaik menjemput abangnya di lapangan terbang Uk. Sangkanya abangnya balik dengan hati yang gembira. Tapi dia silap apabila melihat wajah murung itu biarpun sudah berminggu abangnya tiba di Uk.
Puas dia memaksa puas dia mendesak akhirnya Ilham membuka cerita. Cerita akan cintanya dan gadis yang bernama Ariana Sofea yang ditinggalkan bersama seribu satu salah faham di dalam hubungan mereka. Masih terbayang lagi betapa wajah itu benar benar kecewa.
Dia? Apabila mendengar cerita itu sudah tentulah dia marah. Masakan tidak. Bukankah abangnya itu sudah bertunang. Tapi dia maklum Ilham tidak pernah mengangap Nisha sebagai tunangnya kerana mereka bertunang di atas kehendak wasiat arwah ayah Nisha. Ayah Nisha yang juga merupakan kawan baik umi dan papa mereka berdua.
Tapi sekarang setelah berbulan berlalu dia dapat melihat dengan jelas betapa Ilham benar benar tidak mampu melupakan Ariana. Masakan tidak lihat saja wajah cengkung itu. Tidak ubah seperti mayat hidup. Kerja abangnya seharian hanyalah menatap gambarnya bersama Ariana selain menguruskan kerja kerjanya itu. Tidak cukup dengan itu mata abang nya itu pernah dilihat bergenang dek ditekan rasa rindu yang teramat.
Ahh.. apa sebenarnya yang terjadi. Salah umi dan abangkah? Dia tahu Ilham terpaksa balik ke Uk kerana umi memaksa. Selebihnya abangnya itu tidak mahu hubungan mereka bersama abang long kembali keruh jikalau dia menolak cadangan abang sulungnya itu. Ahh.. betapa banya rahsia disekeliling hidup abangnya itu. Tidak pula dia pasti bilanya semua itu akan dirungkai.
“Abang.. abang ok tak ni?” Shireen betanya lagi.
“Kenapa ya dik. Abang rasa ada benda buruk yang dah jadi pada Sofea..” Ujar Ilham berterus terang. Ahh.. peritnya menahan rasa rindu. Lemah benar dia dek kerana cinta.
“Perasaan abang je kot. Kan sekarang ni berangin .. that why frame ni jatuh” Shireen bersuara memujuk.
Ilham terduduk ditepi katilnya itu. “Abang rindukan dia dik. Abang nak sangat balik malaysia.. tapi umi” Kata katanya terhenti. Ilham yakin uminya itu pasti tidak akan membenarkan dia  kembali ke Malaysia. Ahh.. sukar sebenarnya. Masakan tidak dikala umurnya yang sudah meningkat itu pun hidupnya masih tetap dikawal uminya itu.
“Sabarlah Abang. Adik yakin, Sofea pasti ok” Ujarnya sekali lagi.
“Abang nak putuskan pertunangan abang ngan Nisha. Abang dah nekad” Ilham memberitahu pula.
Tunang? Ahh.. tiada siapa pun yang tahu sebenarnya melainkan Haikal bahawa dia sebenarnya sudah bertunang dengan Nisha. Tetapi pertunangan itu bukan atas kehendaknya. Malahan tanpa pengetahuan kekasihnya itu juga pertunangan itu juga sebenarnya sudah diikat hampir tiga tahun. Disaat dia masih belum mengenali Ariana.
Nisha? Gadis itu tidak pernah dianggap sebagai tunang kerana pertunangan mereka diikat tanpa rela. Malahan dia juga yang memaksa Nisha supaya tidak pernah memberitahu sesiapa pun akan hubungan sebenar mereka itu. Nisha sebenarnya adalah kekasih abang sulungnya. Tetapi dia sendiri tidak tahu mengapa Tuan badrul, ayah nisha mewasiatkan agar dia yang ditunangkan dengan Nisha. Disaat itu abangnya benar benar mengamuk lalu duduk di uk. Dan kini, sebaik umi dan papa pindah ke uk, abangnya itu pula yang berkeras mahu kembali ke Malaysia sekaligus memaksanya pindah ke Uk. Mengambil alih posisi abangnya itu di syarikat yang terletak di Uk ini.
Dan dia sekali lagi terpaksa menurut dek kerana tidak mahu abangya yang pernah membencinya itu semakin membencinya kerana gagal menuruti kehendaknya. Sudahnya dia disini makan hati sendiri dek menelan rasa kecewa akibat terpaksa berpisah dengan Ariana gara gara umi, abang long dan Nisha.
Ahh sayang.. maafkan abang kerana merahsiakan semua itu. Mengertilah Fea hanya Fea yang ada di hati abang. Hatinya bersuara lirih. Jikalau diturutkan hatinya pasti dia tidak akan meninggalkan Ariana sebelum menjernihkan kembali hubungan mereka tetapi dia terpaksa. Terpaksa menurut kata kata uminya memandangkan tempoh yang diberikan untuknya berada di Malaysia sudah tamat.
“Abang yakin? Abang tak takut umi marah” Shireen bertanya kembali.
“Abang nekad.. dik.. sebaik pertunangan abang diputuskan abang akan kembali ke Malaysia” Ujarnya pula. Wajah adiknya dilihat lama. Ahh.. jikalau bukan Shireen yang menjadi penyokong kuatnya itu sudah pasti dia tidak mampu bertahan sendirian di bumi inggeris ini.
“Adik akan sokong kalau itu yang membahagiakan abang ngah..” shireen tersenyum gembira. Biar apa pun yang dilakukan abangnya itu dia pasti akan tetap menyokong.
Ilham hanya menganguk. Yakin akan keputusan nekadnya. Fea please tunggu abang. Ujarnya separa merayu. Sempat dia berdoa mudah mudahan tiada apa yang terjadi kepada kekasih kesayangannya itu.

Ariana mengosok kepalanya perlahan. Mukanya diraup beberapa kali. Dia bangun perlahan lahan. Cuba mengingati satu persatu kejadian semalam. Sebaik teringat matanya menghala ketubuh badannya. Mulutnya ditekup sebaik melihat bajunya yang berada di birai katil. Tanpa dipinta air matanya turut sama menitis.
Ya Allah. Sudah kotorkah dia? Air matanya semakin laju menitis disaat teringat akan dirinya yang sudah pun ‘bersama’ taufiq. Tapi mengapa pula dia tidak sedar semalam.Tapi bukankah dia dapat merasa tubuhnya yang dicumbui oleh Taufiq. Dapat merasa tubuhnya yang erat dipeluk oleh lelaki itu. Dapat merasa tubuhnya yang dibelai dan manja oleh lelaki itu.. dan dia.. dia hanya membenarkan. Air matanya menitis lagi. Maafkan Fea abang.. maafkan Fea. Ariana  merintih sayu. Perasaan kesalnya sudah menerpa.
Bodohkah dia.. “Arrghhhhhhhhhhhhhhhhh” Ariana menjerit nyaring. Mukanya sudah ditekup ke katil itu. Tidak! Dia tidak mahu percaya bahawa dirinya sudah ternoda. Tidak. Ya Allah! Apa yang sudah aku lakukan!
Sebaik sahaja tangisannya reda bajunya dicapai. Lalu dia memakainya kembali dengan tangan yang terketar ketar. Sebaik sahaja selesai kunci kereta ditepi terus diambil. Dia mahu keluar. Mahu keluar dari neraka jahanam itu!

No comments:

Post a Comment