LUAHAN HATI

glitter graphics welcome

Melakar langit sejarah Membina awan impi Bila aku menjejak Ia menjadi pasti Letakkan dunia di telapak kakiku biar kupijak Tanamkan akhirat pada jiwaku biar kurindu Sisipkan cinta dalam hatiku biar aku menjadi aku Langit tunggu ku tawan Bumi tunggu kulakukan perubahan Kalamku adalah pedang Gerakku adalah tsunami Tulisanku adalah arang yang menyemarakkan api Seluruhku adalah penggegar bumi Ilahi hanya aku seorang hamba

Wednesday, October 20, 2010

andai Itu Takdir Cinta (36 )

Zairil memandang jam lama.  Hatinya gusar. Semalam sekali lagi dia terserempak Ariana dengan lelaki lain. Kehulu kehilir bagaikan orang yang sedang dilamun cinta dengan pakaian yang entah apa apa. Yang paling menjengkelkan apabila dia melihat jelas gadis itu hanya ketawa bergembira disamping lelaki lelaki itu. Ariana dilihatnya bagai manusia yang tiada perasaan. Dan dia.. sebaik sahaja melihat semua itu. Hatinya mula menimbang tara. Sesuatu harus dilakukan sebelum gadis itu tersasar jauh. Ya keputusan harus dibuat, dan dia harus membuat perhitungan dengan gadis itu. Harus!!

Jauh disudut hatinya dia sendiri tidak tahu mengapa dia harus masuk campur akan kehidupan pelajarnya itu. Tetapi entah mengapa sebaik melihat wajah itu dia terasa bagai ada tanggungjawab untuk nya disitu. Tanggungjawab kerana apa tidak pula dia tahu.

“Ariana tunggu saya nak cakap dengan awak!!” Zairil bersuara sebaik sahaja melihat kelibat Ariana.

“Apa lagi yang sir tak puas hati ni ?” Ariana bertanya selamba. Bosan pula dia dengan karenah sir Zairil. Dia akui dulu dia rapat dengan lecturernya itu. Apatah lagi dia dilayan baik oleh sir Zairil. Tapi itu dulu. Sewaktu dia berduka dulu.

“Memang saya tak puas hati. Hati saya takkan puas selagi tengok awak macam ni!!” Zairil menengking kuat. Kesabarannya benar benar teruji sebaik melihat Ariana yang kini benar benar sudah tidak menghormatinya itu.

Ariana mendengus kasar. Bosan apabila hari hari ditegur. “Hidup saya.. biar saya tentukan. Sir jangan masuk campur..” Dia berlalu pergi. Ketika ini bilik kuliah sudahpun kosong. Hanya tinggal mereka berdua. Mungkin disebabkan itulah Sir Zairil berani berkata hal peribadi dengannya. Ahh.. menyesal pula dia tidak berlalu keluar sewaktu teman teman yang lain masih ada di dalam kelas.

Zairil merentap tangan gadis itu kuat. Menyuruh Ariana berhadapan dengannya.   “kita nikah!!” Ya . Dia sudah membuat keputusan nekad. Dia sudah tahu bahawa Ariana yatim piatu. Sekiranya dia menikahi gadis itu sekurang kurangnya dia mampu ‘menjaga Ariana’. Selebihnya dia boleh menguna kuasa vetonya untuk  menghalang  gerak geri gadis itu.

What are you crazy” Ariana bertempik nyaring. Tangannya yang perit akibat direntap digosok perlahan. Selebihnya dia tidak percaya akan kata kata yang baru didengari itu. Gila ke apa?

“Ya kita nikah dan  saya akan ubah awak kembali!!” Ujar zairil yakin. Dia yakin hanya itu satu satunya cara yang ada untuk membantu Ariana dari terus tersesat jauh.

“Tak mungkin” Ariana berkata tegas. Mana mungkin dia berkahwin dengan sir Zairil. Selebihnya siapa lelaki itu yang mahu menjadi suaminya. Langsung tidak layak.

“Ariana.. sedar la.. apa yang awak buat tu sia sia..” Zairil merayu lagi. Dia nekad. Dia harus mengembalikan gadis itu ke asal. Keputusan itu dibuat pun setelah dia berkali kali terserempak dengan Ariana bersama lelaki berlainan. Hatinya gusar!! Dia tidak mahu Ariana terlalu jauh tersasar.

“Awak takkan dapat ubah saya.” Ariana menjawab sinis.

“Tak cuba tak tahu. Kalau awak rasa awak hebat. Saya cabar awak!! Kita nikah!!” Zairil mencabar pula. Gadis seperti Ariana pasti egonya tergugat apabila cabaran yang diberi tidak disahut. Dia yakin itu.

Ariana membuntangkan matanya. Dia paling tidak suka dicabar “FINE!! saya bersetuju! Tapi kita akan tengok siapa yang ubah siapa. Ingat sebaik sahaja awak kalah awak harus ceraikan saya.. TENGKU ZAIRIL ISKANDAR!!”

 

 “Aku terima nikahnya Nur Ariana Sofea binti Mohd Hadi dengan….”

Sayup sayup suara Zairil bagaikan tergiang giang ditelinga Ariana. Tanpa sedar dia kini sudahpun bergelar Isteri orang. Isteri kepada lecturernya sendiri. Isteri kepada seorang lelaki yang bernama Tengku Zairil iskandar. Air matanya terasa ingin menitis sebaik teringat perbualannya bersama puan Aisyah sebaik dia memberitahu niatnya itu. Biarpun hanya satu cabaran apakah berbaloi dengan gelaran yang disandang itu?

“Ary yakin ker dengan keputusan Ary ni??”

“Ary yakin maklong.. “

“Tapi Ary cintakan Ilham kan?”

“Ilham dah lama mati maklong!!”

“Ary jangan macam ni sayang.. Mak long boleh suruh penyiasat cari mana Ilham pergi kalau Ary nak??”

Penyiasat?? Jikalau diturutkan hatinya dia mahu itu semua. Mahukan penjelasan Ilham namun apabila mengingatkan Ilham yang tega meninggalkannya sendirian hatinya terasa mati. Tidak!! Dia tidak ingin berjumpa lelaki itu lagi.

“Tak payah maklong.. Ilham dah lama mati dari hidup Ary!!”

“Tapi Ary tak cintakan Zairil kan??”

“Cinta boleh dipupuk maklong!!” Ariana berkata sambil tersenyum. Sinis. Sedangkan pada masa itu di menerima Zairil hanya untuk membalas dendam. Dia ingin lihat lelaki itu jatuh ketangannya kerana hanya lelaki itu terlalu berani mencabarnya dan masuk campur di dalam urusan hidupnya.

“Ary.. mak long tak berapa nak setuju.. lagi pun Ary still study kan!!” Puan Aisyah bertanya lagi.

“Takpe la mak long. Lagipun Zairil tu lecturer Ary.. lagi senang Ary nak study nanti!!” Ariana menyakinkan lagi.

“Ary?? Ary yakin dengan keputusan Ary??

“Ya maklong. Ary yakin!!” Yakin kalau Zairil akan kalah dan Ary akan pastikan kalau Zairil kalah.. we will see!!

“Ariana , mak Ilah nak cakap sikit”

Ariana berpaling. Berderai segala lamunannya. “Kenapa mak Ilah. Mak Ilah pun nak keluar dari rumah ni jugak?” Ariana bertanya tenang. Sebelum akad nikahnya yang berlangsung malam tadi  Amyra sudahpun melangkah keluar dari Banglonya itu.  Dan dia? Dia tidak pula menghalang. Ahh.. kejamkah dia sebagai seorang kawan? Tidak!! Bukankah Ilham penyebab kepada segalanya?

“Kalau itu yang Ariana mahukan?” Mak Ilah hanya menganguk. Keadaan Ariana dirasakan semakin teruk. Dia tidak mahu meninggalkan anak arwah majikannya itu sendirian. Tetapi jika itu yang dimahukan Ariana dia pasrah. Sudah masanya untuk dia keluar dari banglo mewah ini.

Ariana tersenyum. “Mak Ilah terus tinggal sini boleh. Sebab Ariana tak tinggal kat sini”

“Maksud Ariana” Mak Ilah bertanya lagi. Pelik! Jikalau bukan Ariana yang tinggal dirumah ini lalu siapa lagi? Sedangkan Ariana adalah satu satunya anak tunggal arwah majikannya itu. Mana mungkin rumah mewah ini ditinggalkan usang begitu sahaja.

“Zairil ajak Ariana tinggal kat rumah dia. Dekat sikit dengan kampus” Ariana menerangkan. Lelaki itu sudah memberitahunya malam tadi. Sebaik sahaja akad nikah mereka. Malas mahu memanjangkan cerita dia hanya bersetuju. Apatah lagi rumah Zairil berdekatan dengan kampus. Di tengah tengah bandar. Senang untuk dia keluar dan apa yang pasti lagi senang untuk dia menjalankan ‘misinya’ memandangkan Zairil hanya tinggal sendirian.

“Jadi Ariana takkan balik sini lagi la? Apa yang mak Ilah nak buat dengan rumah besar ni? Sunyi nanti Ariana takde” Tanya mak Ilah setelah memahami kata kaya Ariana itu.

“Saya akan balik jugak nanti. Sekali sekala saya balik la sini. Mak Ilah jangan risau la.” Ariana bersuara memujuk.

“Ermm kalau dah itu kata Ariana. Mak Ilah masuk dulu lah. Sarapan mak Ilah dah sediakan. Pergila makan” Mak Ilah beralah akhirnya. Lagipula dimana tempat seorang isteri jikalau bukan disisi suaminya. Dia tidak pasti sama ada Ariana mencintai Zairil ataupun tidak cuma apa yang pasti wajah itu bagai orang yang tidak punya perasaan biarpun ketika waktu akad nikah yang berlangsung malam tadi.

Ariana hanya tersenyum. Menghantar mak Ilah dengan pandangan kosongnya. Entah bila matanya tertacap pula pada gambar dia dan Amyra.. ahh.. Amyra..

“Awak gila ker??” Amyra menempik nyaring sebaik sahaja diberitahu tentang dirinya yang ingin berkahwin dengan lecturernya itu. Dia tidak percaya Ariana akan membuat keputusan mendadak begitu.

“Nak kahwin.. awak kata gila??” Ariana memerli kembali. Tidak dihiraukan riak terkejut diwajah Amyra.

“Hentikan  Ariana. Hentikan semua kerja gila awak.. saya tak setuju” Amyra menjerit pula.

“Saya tak perlukan persetujuan awak. Saya cuma bagitahu jer”

Amyra terduduk. Air matanya menitis.. “Kenapa awak jadi macam ni Ariana? Kenapa.. cukup Ariana .. Cukup dengan kerja gila awak. Saya tak sanggup tengok awak hancurkan hidup awak lagi..”

Ariana yang melihat terasa sebak. Tapi tidak mungkin untuk dia menangis dihadapan temannya itu. Dia tidak mahu kelihatan lemah. Tidak!! “Saya tahu apa yang saya buat.. awak tak payah la risau”

Amyra mengeleng gelengkan kepalanya tidak percaya. “Sampai hati awak Ariana.”

Ariana hanya berdiam diri.

“Awak dah terlalu berubah. Kalau itu yang awak kata. Baiklah.. saya akan keluar dari rumah ni..!!” Seusai berkata dia terus berlalu ke tingkat atas. Mengemas pakaiannya. Tidak sampai satu  jam. Dia muncul kembali dengan beg di tangan.

“Saya maafkan awak Ariana. Saya doakan awak berubah. Terima kasih di atas segalanya.” Tubuh Ariana dipeluk erat. Dan dia melangkah pergi tanpa langsung menoleh Ariana yang hanya kaku melihat langkahnya.

Breakfast jom” Zairil menegur sebaik sahaja melihat Ariana yang terkaku di sofa di ruang tamu. Apa sahaja yang dilamunkan Ariana sehingga mata itu hampir layu. Tapi dia pasti orang seperti Ariana pasti tidak akan membiarkan air mata itu menitis. Ahh.. egois!!

Ariana tersenyum sinis. Batang tubuh yang sedang berdiri berdekatan dengannya itu dipandang sekilas. “Rumah saya Sir Zairil. Pandai pandaila saya.. tak payah awak nak sibuk”. Ujarnya pula. Masakan tidak, cara lelaki itu seolah olah dia pula yang menumpang di rumah ini.

Zairil hanya mengelengkan kepalanya. Ariana tidak langsung mencuba untuk menghormatinya sebagai suami. Namun tidak pula dia marah kerana dia sudah bersedia untuk itu.

“Mestila Abang kena sibuk. Kalau Cik Ariana sakit nanti. Siapa yang susah” Zairil turut memerli selamba. Dia tidak mahu gara gara Ariana yang tidak mahu makan dia pula yang terpaksa bersusah payah membawa gadis itu ke klinik. Tapi jikalau benar Ariana jatuh sakit tergamak kah dia membiarkan? Tidak. Sudah pasti tidak. Dia bukanlah sekejam itu.

Ariana mencebik. “Don`t worry, lelaki kat luar sana banyak.. tak inginnya saya menyusahkan hidup sir..” Ujarnya sinis. Setakat inginkan bantuan sesiapa membawanya ke klinik seandainya dia jatuh sakit padanya teramatla tidak susah. Berduyun lelaki diluar sana yang pasti akan menghulurkan bantuan. Lebih dari itu apa lelaki itu ingat dia tidak mampu berdikari sendiri. Hello ini Ariana okey.. suara hatinya kedengaran angkuh.

Zairil merenung Ariana tajam. Tahu gadis itu sengaja mahu mencabarnya. Masakan tidak suami mana yang sanggup mendengar kata kata begitu dari seorang isteri. Biarpun isteri yang tidak pernah dicintai. Dengan kata kata dan perbuatan begitu bukankah menunjukkan betapa dayusnya sang suami jikalau membiarkan si isteri bergembira dengan lelaki lain. Sungguh tak bermoral.

“Hah one more.. tak usah bahasakan diri you Abang.. tak bermakna pun..” Ujarnya menambah. Abang? Dia tidak suka mendengar panggilan itu. Bukankah  panggilan itu selalu digunakan bagi menunjukkan betapa kasihnya isteri kepada suami atau sayang seseorang itu kepada seorang lelaki yang lain. Sedangkan dia langsung tidak mengasihi zairil. Tak der maknanya pun.

Atau… Apakah dia tidak mahu membahasakan lelaki itu Abang kerana pernah berjanji dengan Ilham dahulu bahawa hanya lelaki itu yang satu satunya akan dipanggil Abang? Ahh.. tidak mungkin begitu.

“We will see.. sama ada cik Ariana boleh ke tak berjumpa lagi lelaki lelaki luar sana” Zairil berkata serius. Tidak dihiraukan kata kata sinis yang keluar dari bibir gadis itu. Jikalau dia melayan kata kata sinis itu pasti dia pula yang makan hati nanti. Sudahnya rancangannya entah kemana silap hari bulan dia pula yang terkedu sendirian akibat makan hati dengan kata kata sinis begitu.

“Apa maksud you” Ariana yang tadi duduk sudahpun berdiri. Cuba mencari makna akan kata kata itu. Apa maksud zairil apabila berkata begitu. Mahu menghalang langkahnya kah? Mahu mengurung nya dirumah lelaki itu kah? Ahh.. Zairil jangan pernah kau campur urusan hidupku jikalau engkau tidak mahu hidupmu merana. Hatinya berdesis kecil.

Zairil tersenyum sinis. Malas mahu menerangkan. Dalam diam dia sudahpun mengatur strategi. Sengaja diajak Ariana pindah kerumahnya supaya senang untuk dia mengawal hidup gadis itu.

Ariana yang melihat senyuman sinis zairil turut tersenyum kembali. Dia tahu Zairil sengaja mahu memerlinya. Tubuh lelaki itu yang berdiri didekati. Bibirnya didekatkan ketelinga Zairil lalu dia berbisik perlahan.. “Permainan baru bermula sir Zairil.. we will see.. sama ada you berjaya atau tidak.” Pipi lelaki itu ditepuk perlahan. Kemudian dia berlalu ke tingkat atas dengan senyuman sinisnya.

Zairil mengetap bibir. Geram!! Ariana dilihatnya begitu selamba mendekatinya tadi. Tidak hairanla jikalau lelaki lain dengan senang membawanya ke hulu kehilir jikalau begitu gayanya.

Zairil duduk disofa. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia masuk campur urusan gadis itu. Apa yang dia tahu dia harus merubah Ariana ke bentuk asal. Dan disebabkan itulah dia mengahwini gadis itu biarpun tiada rasa cinta dihatinya untuk gadis itu. Ahh.. hatinya pun pernah kecewa disebabkan cinta. Dan hingga ke hari ini pun dia masih kecewa. Disebabkan itulah dia mengambil keputusan untuk tinggal disini biarpun keluarganya berada jauh darinya. Dan mungkin disebabkan itulah yang mendorong dia untuk merubah Ariana.

 p/s-- mungkin criter ni agak sukar difahami.. lagi pulak I percaya u all baca banyak criter.. so tak terfokus pada criter ni jer.. kalo baca novel sebijik tu lain la kan.. hari ni baca.. hari ni jugak kita boleh tahu kesudahannya.. kalo online novel.. kena tunggu... so setiap kali baca bab demi bab.. kita mesti akan judge criter tu dulu.. apa apa pun.. criter yang dibuat of course ader pengajaran tersendiri.. kepada yang tak berapa nak suka dengan jalan crita dia.. harap u all faham.. cara penceritaan saya ngan orang lain of course la berbeza.. pendekatan pun berbeza.. so just waiting till the last episod.. yes i know ramai yang tak dapat terima  `perempuan murahan` cam Aryana.. then why not kita tengok dari sudut yang positif.. jangan jadi macam dia.. putus cinta tak beerti dunia akan berakhir kan.. I just wanna to selami hati orang yang kecewa apabila ptus chenta ni.. bagaimanakah agaknya rasa dia.. tak akan menyesalkah bila try melupakan cinta dengan cara y salah???hanya dia yang tahu... hehehe...opsss banyak mengomel lak.. apa apa pun.. pada yang nak follow.. u can terus follow.. kalo tak nak.. errr.. nevermind.. hehehe... sory agains.. =p =p

No comments:

Post a Comment