LUAHAN HATI

glitter graphics welcome

Melakar langit sejarah Membina awan impi Bila aku menjejak Ia menjadi pasti Letakkan dunia di telapak kakiku biar kupijak Tanamkan akhirat pada jiwaku biar kurindu Sisipkan cinta dalam hatiku biar aku menjadi aku Langit tunggu ku tawan Bumi tunggu kulakukan perubahan Kalamku adalah pedang Gerakku adalah tsunami Tulisanku adalah arang yang menyemarakkan api Seluruhku adalah penggegar bumi Ilahi hanya aku seorang hamba

Wednesday, October 20, 2010

andai Itu Takdir Cinta (31)

"Abang sayangkan Fea sampai mati pun abang akan sayang kan Fea.. Fea janji dengan abang ya sayang. Jangan tinggalkan Abang..” Ketika itu tubuh Ariana dipaut erat.

Ariana hanya tersenyum.“Fea janji.. abang pun kena janji jugak tau” Ariana menagih janji pula.

“Abang janji..”

“Abang.. Fea rindu..” Ariana menyapu air matanya lagi. Masuk hari ini sudah sebulan Ilham pergi meninggalkan dia. Dan dia? Dia masih menangisi pemergian lelaki itu. Tangannya  mengengam erat rantai loket yang diberi Ilham sewaktu harijadinya dahulu. Rantai itu ditilik berkali kali. Ahh.. Ilham bahagiakah awak tanpa saya.. Hatinya merintih lagi.

“So kita pergi meja sana lah” Zairil menunjuk kearah meja hadapan. Dia yang baru sahaja tiba ditempat Ariana langsung tidak perasan akan Ariana yang ketika itu sedang melayan perasaan. Hari ini gilirannya untuk berbincang dengan Ariana untuk membincangkan tentang jawapan soalan test seminggu yang lepas. Sepertimana yang dilakukan dengan setiap pelajarnya yang lain.

Mendengar suara lecturernya Ariana cepat cepat menyeka air matanya supaya tiada yang berbaki.

“So.. now kita nak discuss pasal business kan. Awak dah ready ker?” Ujarnya seraya duduk di hadapan gadis itu.

Ariana hanya menganguk. Sudah hampir tiga minggu  juga lah dia rapat dengan lecturer businessnya itu. Memohon tunjuk ajar apabila tidak memahami sesuatu.

“Awak ok ke tak ni Ariana..” Zairil bertanya lagi sebaik perasan akan sisa air mata dipipi gadis itu. Menangiskah? Tapi mengapa?

Ariana termenung lama “Err.. can we discuss later” Dia memohon pengertian. Sungguh rindunya kepada Ilham membuatkan dia nanar. Dia tidak mampu meneruskan discussion mereka di kala ini biarpun hari ini adalah gilirannya.

“Ermm.. ok la kalau macam tu..” Zairil hanya membenarkan. Sudah hampir tiga minggu dia memerhati Ariana. Tapi dari dulu hingga sekarang gadis itu masih sama. Pantang mempunyai waktu terluang cepat sahaja air mata gadis itu mengalir.

“Awak ok.. awak tak nak cerita pada saya?” Zairil memberanikan diri bertanya. Serasanya tidak salah jikalau dia mengambil tahu tentang pelajarnya itu. Lagipula jauh disudut hatinya dia curios mahu tahu apa sebenarnya yang terjadi kepada gadis itu sehingga air mata itu tidak pernah berhenti mengalir biar masa sudah lama berlalu.

“Nothing..” Ariana menjawab sepatah. Jawapan yang diberikan kepada teman temannya yang lain, itu jugalah jawapan yang diberi buat lecturernya itu.

“Awak suka menangis kan?” Zairil menyoal pula.

“Hobi saya sir!!” Ariana tersenyum hambar. Dia tahu ini bukan kali pertama sir Zairil melihatnya menangis. Banyak kali. Malahan sudah berulang kali juga dia memohon pergertian lecturer itu supaya mengizinkan dia untuk tidak hadir ke kelas perbincangan bersama empat orang lagi temannya itu dek kerana terlalu melayan perasaan sedih.

“Hobi membengkakkan mata.. melayan perasaan macam tu..” Zairil memerli.

“Sir tak faham.. dan takkan faham..” Ariana bersuara lirih. Perli lah beribu kali pun. Ia  tidak akan membuatkan dia kembali bersemangat. Tidak. Telinganya sudah lali dengan  segala perlian itu.

“Putus cinta memang memeritkan tapi tak perlu awak tangisi semua tu sebegitu lama Ariana..” Zairil memujuk pula. Tidak dapat tidak hanya itu yang terbayang difikirannya sebaik melihat air mata yang mengalir laju setiap hari. Ariana putus cinta! Bukankah perempuan selalu lemah apabila berkaitan dengan cinta?

Err.. Ariana mengetap bibirnya. “Apa maksud sir?” Dia bertanya ingin tahu. Bagaimana pula lelaki itu tahu dia kecewa kerana putus cinta. Setahunya selain dari keluarga maklongnya hanya Amyra satu satu temannya yang tahu dia kecewa dek ditingalkan Ilham.

“Awak ingat kejadian di klia.. seorang perempuan menangis tanpa henti.. terlangar seorang lelaki??” Zairil bertanya lagi. Cuba mengimbas kejadian sebulan yang lalu.

Ariana menganguk nganguk. Masih diingat hari yang membuatkan dia bersedih apabila mengetahui hakikat yang nyata itu.

“Saya orang tu. Hairan saya tengok awak menangis tanpa henti dan hari ni awak still nangis lagi. Kecewa benar ker awak?” Zairil mengaku jujur. Dia tidak tahu sama ada Ariana masih ingat wajah orang yang dilanggarnya itu. Tetapi dia sehingga ke hari ini sudah tentu mengingati wajah yang menangis hiba itu. Apatah lagi dia masih ingat selepas Ariana berlari menuju ke pintu utama, gadis itu dilihatnya jatuh terduduk di depan pintu klia itu. Dia cuba mengejar tetap sebaik sahaja tiba perempuan itu dilihatnya sudah kembali melangkah. Lalu hilang dari pandangan matanya.

Ariana memandang wajah lecturer itu lama. Namun dia kembali mengeleng perlahan. Dia benar benar tidak cam wajah orang yang bertanya itu dan ini kepadanya itu. Tapi persoalannya apakah lelaki itu tahu mengapa dia berlari begitu?  “Sir Nampak?” Ariana bertanya kembali. Dia ingin tahu.

Nampak? Zairil hanya mengeleng gelengkan kepalanya. Dia tidak tahu dari arah mana gadis itu datang. Dia cuma nampak gadis itu yang berlari sambil menangis.. hanya itu.

Ariana hanya menganguk nganguk.. “Saya balik dulu”

Zairil tidak menghalang. Dia hanya membiarkan. Yakin Ariana memerlukan waktu.

 

Ariana menyiapkan kerja kerjanya cepat. Dia mahu ingin cepat pulang. Tidak dihiraukan teman temannya yang sedang sakan berbincang dengan Sir Zairil. Tangannya laju sahaja mengisi satu persatu jawapan yang diperlukan. Setelah yakin semuanya siap dia memandang temannya satu persatu.

“Dah siap” Ariana bersuara sepatah.

“Hah.. dah siap?” Hani bertanya kembali. Sedari tadi dia, Dila , Ana , Hafiz dan sir Zairil berbincang. Mencari fakta fakta yang boleh dugunakan. Dan kini Ariana yang sedari tadi diam membisu tiba tiba sahaja mengatakan dah siap?

“Ya.. saya dah siap” Dia menghulurkan kertas jawapannya kepada sir zairil.

“Ouh.. bagus.. pick up jugak awak ni ya.” Zairil memuji Ariana. Gembira biarpun Ariana selalu melamun namun kerjanya selalu cemerlang.

Sir.. can I go home?” Ariana bertanya kembali. Memang itu niatnya tadi dan disebabkan itulah dia menyiapkan tugasannya dengan segera. Berharap agar dia dapat pulang awal kerumahnya.

“Err.. tapi kelas perbincangan kita sampai pukul lima kan. Ini baru pukul tiga setengah..” Zairil berat hati untuk mengizinkan.

“Please sir” Ariana merayu lagi. Dia benar benar ingin pulang ke rumah. Rindunya kepada Ilham sudah tidak tertanggung. Fikirannya buntu. Jiwanya runsing.

“Ermm.. ok lah” Akhirnya dia mengizinkan. Tidak sampai hati pula melihat muka seposen Ariana.

Mendengarkan itu Ariana cepat cepat mengemaskan barangnya. Namun baru sahaja dia  berdiri handsetnya tiba tiba sahaja berbunyi minta diangkat. Melihat nama mak long  dia hanya tersenyum.

“Ada apa mak long?”

“Abang ziq tak boleh ambil Ary. Dia ada mesyuarat tergempar. Tak sempat nak hubungi Ary tadi”

Ariana terduduk. Hari ini dia dihantar oleh abang sepupunya itu. Jikalau  Haziq tidak mengambilnya, macamana dia nak balik ke rumah? Hatinya merintih kecil.

“Pukul berapa meeting tu habis.”

“Pukul 5 kot..

“Tapi mak long.. Ary nak balik” Ariana merayu.

“Ary tunggu la sekejap. Pasni shahrul ambik Ary..” Puan Aisyah memberitahu.

“Pukul berapa..”

“Pukul empat lebih kot..”

“Tak nak.. Ary nak balik sekarang..” Ujarnya separuh membentak.

“Ary sabar la sekejap jer..”

“Ary nak balik maklong. Ary tak nak duduk sini. Ary nak balik rumah..” Ariana merayu lagi. Tanpa disedari air jernih sudah meluncur laju dipipinya.

Zairil terpana. Tidak disangka gadis itu boleh menangis di hadapan mereka semua.

“Ary sabar la. Sekejap jer lagi..”

“Lama tu mak long. Tak pela Ary balik naik teksi..” Talian diputuskan. Dia tidak mahu mendengar apa apa lagi. Dia ingin pulang.

“Err.. I boleh hantar you Ryan” Hafiz bersuara . Berniat untuk menghulurkan bantuan.

Ariana mengelengkan kepalanya beberapa kali tanda tidak mahu.

“Atau awak nak saya tolong hantarkan” Zairil turut menyampuk.

Ariana mengeleng lagi. Airmata yang semakin laju menuruni pipinya diseka lagi. Tiba tiba pintu bilik discussion dikuak dari luar selepas diketuk beberapa kali. Ariana menoleh.

“Kenapa nangis ni?” Amyra bertanya sebaik melihat muka Ariana yang sembab. Tadi Puan Aisyah menghubunginya dan menceritakan keinginan Ariana untuk pulang kerumah. Dan disebabkan itulah dia muncul di bilik discussion itu.

“Nak balik.. tapi Abang Ziq ngan abang Shah busy” Ariana mengadu tanpa menghiraukan mata yang memandang mereka.

“La.. kenapa awak tak call saya..” Amyra sudah tersenyum.

“Awak ada class kan..” Ariana bertanya kembali.

“Kelas saya dah batal.. dah jom balik..” Tubuh Ariana dipaut supaya berdiri. “Sapu air mata tu.. ish manja betul.” Dia membebel panjang. Semenjak dua menjak ini perasaan Ariana dirasakan terlalu sensitive. Pantang ada yang tidak kena cepat sahaja air mata itu mengalir.

“Good evening sir” Sempat Amyra memberi hormat kepada lecturer yang mengajar Ariana itu apabila menyedari lecturer itu yang sedari tadi memandang mereka berdua.

 

No comments:

Post a Comment