LUAHAN HATI

glitter graphics welcome

Melakar langit sejarah Membina awan impi Bila aku menjejak Ia menjadi pasti Letakkan dunia di telapak kakiku biar kupijak Tanamkan akhirat pada jiwaku biar kurindu Sisipkan cinta dalam hatiku biar aku menjadi aku Langit tunggu ku tawan Bumi tunggu kulakukan perubahan Kalamku adalah pedang Gerakku adalah tsunami Tulisanku adalah arang yang menyemarakkan api Seluruhku adalah penggegar bumi Ilahi hanya aku seorang hamba

Tuesday, October 19, 2010

AnDaI ItU TakDiR CiNta (17)

“Awak tak kerja hari ni?” Ariana  bertanya sebaik sahaja tiba dibilik Amyra. Serasanya sudah lama dia tidak menyakat temannya itu.
            “Cuti.. kenaper??”
            “Tak delah. Saja rindu kat awak!!”
            “Rindu??” Amyra tersenyum. “Awak tak keluar hari ni?”
            “Tak lah. Nak rehat je. Lagipun Ilham busy!! Awak?”
            “Saya nak keluar ngan siapa. Lain la awak..” Amyra berkata ikhlas. Ariana dirasakan sungguh bertuah kerana punyai segala galanya. Tapi itu semua tidak pula menjadi tiket untuknya ‘tidak bersyukur’ dan ‘cemburu’ kepada temannya itu.
            “Awak nak tanya ni. Jangan marah tau?” Ariana bertanya lagi. Sambil itu dia sudah pun berbaring santai di atas katil temannya itu.
            “Jangan la wat lawak sengal. Sejak bila pulak nak tanya kena mintak izin ni..” Amyra ketawa perlahan. Kelakar melihat Ariana yang bersopan santun begitu. Bukan dia tidak tahu perangai Ariana yang agak keanakan itu.
           “Ala itu baru mintak izin tak lagi beratur ambil tiket. Ye la nak tunggu giliran nak buat pertanyaan. Hah yang tu baru haru” Ariana turut berselorah.       
            Bedebuk!! Anak patung tedy bear yang tadi dipeluk erat kini dibaling kearah Ariana. Geram bila kata katanya dipermainkan“Apa yang nak ditanya.. Tanya la”
            “Kenapa awak tak nak bercinta? Kenapa awak tak terima Haikal? Saya tahu awak tahu yang saya tahu yang Haikal suka kat awak..” Dia bertanya pula. Amyra? Dia tahu temannya itu kurang bergaul dengan lelaki. Nak bercinta. Jauh lagilah. Dan kini dia mahu tahu mengapa? Sudah puas bertanya dengan diri sendiri barangkali.
            “Berapa banyak ‘tahu’ la awak ni…” Dia ketawa lagi.. ahh Ariana awak takkan faham. Hatinya sempat berdesis kecil.
Please .. fahamkan saya” Ariana merayu sambil menarik tangan Amyra. Dia terasa tidak mengerti akan temannya itu. Dan dia benar benar mahu tahu mengapa. Kadang kadang dia terfikir juga apakah kerana perangainya yang sedikit keanakan itu membuatkan Amyra tidak menjadikan dia sebagai tempat mahu meluahkan rasa hati. Mungkin temannya itu beranggapan yang dia tidak mampu memberikan pendapat atau apa sahaja.       
Akhirnya Amyra menarik nafas panjang. Mula beralah dengan kehendak temannya yang seorang ini. “Siapa saya untuk jatuh cinta awak? Saya tak layak. Saya tak layak walau hanya untuk seorang yang bernama lelaki”
            “Maksudnya” Ariana bertanya lagi. Tidak faham.
            “Pada saya hidup satu PELUANG. Cinta satu PILIHAN. PELUANG!!.. tanpa peluang yang diberi kita tak akan mampu untuk merasa sebuah kehidupan. Ramai yang tersasar dalam hidup kerana terlalu mengejar PILIHAN di depan mata. Tapi cuba awak fikir, andai kata kita dah hilang peluang tu. Awak agak masih ada waktu ke untuk kita membuat pilihan??”
            “Ariana.. dalam hidup ni, Saya rasa bangga sebab diberi peluang. Peluang untuk kenal awak. Untuk buat segala galanya tapi sayang saya tak mampu buat pilihan sebab saya takut. Takut kalau pilihan tak sebaik yang diimpikan. kalau saya pilih jalan A, peluang untuk saya merasai pilihan B tipis. Mungkin langsung tak ada dan disebabkan itu saya nekad dalam hidup ni saya takkan pernah memilih Saya akan sentiasa menghargai peluang yang saya dapat..”
            “Tapi kita still kena memilih kan..” Ariana menyampuk perlahan. Serasa dapat memahami luahan kata temannya itu.
            “Hidup penuh dengan pilihan Ariana. Setiap langkah merupakan satu pilihan. Cinta pada saya tak penting. Awak pernah dengar kata kata Mila ‘pasrah itu menyerah, redha itu rela’ Nampak terkeliru ayat tu tapi masih mampu difahami oleh orang yang mahu memahaminya right? Pada saya, saya redha dalam pasrah.. ahh.. rumit Ariana.. complex.. hidup kan macam kanvas”
            “Haikal?”
            “Tentang Haikal biar Tuhan yang tentukan. Ada jodoh ader la. Kalau tak der nak wat macam mana. Awak dengan Ilham macam mana? Awak bahagia?” Amyra mengajukan soalan buat temannya pula.
            “Bahagia sangat. Rasa macam kasih Ilham datang untuk mengantikan kasih mama dan papa tapi sebenarnya saya takut jugak. Takut dia hilang..”
            “Ariana... Kebahagian bersumberkan dari diri sendiri. Bukan terletak pada tangan orang lain. Jikalau awak berharap akan kebahagiaan yang dibawa oleh orang lain awak harus bersedia untuk dilukai.
            Percaya pada ketentuan Tuhan. Apa yang diberi pasti yang terbaik kan. Awak pegang kata kata saya. Saya yakin awak akan tabah dalam setiap dugaan.
            One more.. saya percayakan Ilham. Saya yakin dia mampu bahagiakan awak...” Ujarnya mengakhiri kata.
            “Myra.. kalau suatu hari ditakdirkan awak jumpa seseorang yang awak rasa terbaik untuk awak tapi dia bukan untuk awak, apa yang awak akan buat??”
            Amyra tersenyum. Akan aderkah?? “Andai ditakdirkan Tuhan saya bertemu seseorang yang terbaik tapi ketika itu saya hanya mampu untuk melihat dia saya hanya akan melihat tapi jika saya diberi kekuatan, mungkin saya yang akan kejar ‘seseorang’ tu.
            Bila kita sayangkan seseorang tapi tidak mampu untuk milikinya lepaskan dia. Bebaskan dia. Tapi bila dia kembali pada kita itu ertinya dia ditakdirkan untuk kita.
            Ahh.. Ariana.. what are we talking about. Kenapa sedih sangat ni..” Amyra mengusik sebaik habis berkata kata.
            “Entah.. rasa nak menjiwang la pulak hari ni.. heheheh” Ketawa Ariana lepas. Teringatkan sesuatu dia bertanya kembali “so what about trip ke Agro resort? Nak pergi tak? Jom la” Kepalanya teranguk anguk. Berharap agar temannya itu bersetuju.
            Amyra tersenyum seraya menganguk. Alahhh… trip free kan siapa yang tak nak pergi.. hehehehe. Lagi pula dia sudah meminta cuti dari bosnya itu.

“Am malam ni you teman I pergi mall boleh.. I nak cari something la..” Nisha bertanya sebaik sahaja masuk ke pejabat Ilham. Kebelakangan Ini Ilham sudah tidak bercakap kasar dengannya lagi. Dan  dia menyukai perubahan Ilham walaupun tidak mempamerkan secara terang terangan.
            “Kemana?” Ilham bertanya sebaik saja mendengar pertanyaan dari Nisha. Lama wajah Nisha dipandang. Jauh disudut hati dia mengakui Walaupun hanya dengan sut kerja kecantikan Nisha tetap terserlah.
            “Ke mana mana je. Yang penting barang yang I nak beli tu ada!!” Kerusi dihadapan Ilham ditarik lalu dia melabuhkan punggung di situ.
            “Ye.. la.. so macam mana kerja?”
            “Ufh.. jangan tanya. CEO company ni teruk tau. Suka mendera pekerja dia betul.. what about you? Banyak kerja ke.?” Mulutnya memerli laju. Kadang kadang tidak terlarat dia untuk menyiapkan semua tugasan yang diberikan dek kerana masa yang diberi terlalu suntuk
            Hahaha.. Ilham hanya ketawa mendengar leteran itu “Banyak kerja you,  banyak lagi kerja I tau cik Nisha. Itu la I kata tak yah kerja you nak kerja jugak.. so serve your right la kan?”
            “Aaahhh.. jahat la you. What about trip ke Terengganu. You pergi?” Nisha mengajukan soalan. Geram pula dia apabila  Ilham sakan mentertawakannya,
            “Of course la  I pergi.. hah you jangan nak mengelak pulak” Ilham menuduh laju.
            “Hello see my leg la.. of course I ikut.. nak release tension.. tension ni” Nisha bangun seraya menuju ke tingkap pejabat Ilham. Lama dia memandang langit biru.
            “Ilham you akan balik ke Uk kan?” Nisha bertanya lagi. Entah kenapa hatinya berat menyatakan kalau Ilham tidak akan kembali ke Uk. Dia tidak pasti sama ada Ilham akan marah padanya kerana bertanyakan soalan peribadi dipejabat apa yang pasti hatinya terlalu ingin mengetahui jawapannya.
            Ilham hanya menjungkitkan bahu. Dia sendiri tidak pasti. Namun menyedari kedudukan Nisha yang membelakanginya dia bersuara jua “Entah!!”
            “Am.. tak der tempat di hati you untuk I?”
            “Cuba Tanya diri you, ader tempat I di hati you Nisha.. takderkan?” Ilham hanya menjawab tenang.
            “Kalau I kata I cintakan you!!”
            “Cinta tak boleh dipaksa. You kena Faham tu. Jaga hati you baik baik!!” Ilham ikhlas memberi nasihat.
            “You ada orang lain Am?”
            “Yups” Ilham hanya mengiyakan.
            “Boleh I tahu siap gadis tu??”
            “You akan tahu suatu hari nanti..” Berat hatinya untuk menyebut nama Ariana. Bimbang hati gadis itu akan lebih terluka nanti. Selebihnya dia takut Ariana akan dipengapakan oleh Nisha.
            Nisha hanya tersenyum hambar. Dalam ketidaktentuan dia menuju pula ke sofa yang berada di dalam pejabat Ilham itu. Dia terduduk disitu. “Kenapa terlalu sukar laluan hidup kita.. I tak larat Am.. tak larat”
            Ilham turut duduk disofa setelah melihat Nisha yang sudah terduduk di situ. “Takdir Tuhan Nisha Siapa kita untuk menghalang..”
            “I penat Am.. penat..” Air mata yang sedari tadi ditahan meluncur laju. Tanpa sedar juga dia sudah menyembamkan mukanya didada Ilham. Sedih hatinya mengenangkan masalah yang masih tiada penghujungnya itu.
            Ilham yang melihat terasa serba salah. Salahkah dia jika tidak mencintai Nisha? Salah kah dia jika mengaku kalau hatinya hanya untuk gadis yang bernama Ariana Sofea? Salah kah dia kerana tidak menghiraukan apatah lagi membantu menyelesaikan masalah yang membelenggu gadis itu. Masalah yang  bagai digantung tidak bertali. Tiada penyelesaian.

Malam itu Ariana menghantar pesanan Ringkas kepada Ilham setelah panggilan yang dibuat ke talian lelaki itu tidak bersambung. Risau juga hatinya tetapi memikirkan Ilham yang kemungkinan sibuk dengan kerjanya membatalkan niatnya untuk menganggu lelaki itu.

+ salam, Abg we all da setuju nak
ikut trip tu..so jangan lupa tau
 booking tempat untuk Fea ngan myra..

            Didalam hati sempat dia memohon supaya  Ilham menghubunginya kembali. Paling tidak pun membalas kembali mesejnya tadi. Perasaan hampa mula menyerbu hatinya disaat jarum jam sudah menginjak ke pukul sebelas malam. Tiga jam selepas pesanan ringkasnya dihantar. Dia yang baru sahaja berbaring setelah menutup lampu bilik kembali bangun apabila mendengar bunyi handsetnya.

-ok.. sory tak sempat nak reply tadi..

            Sebaik sahaja habis membaca Ariana menekan nekan keypadnya kembali.

+Xpe.. abng ngah buat apa tadi.??

            Tidak sampai seminit kemudian handsetnya kembali menyanyikan nada rigtone menandakan ada pesanan ringkas baru yang diterima. Cepat cepat dia membuka inbox.

-busy skit.. can`t we talk tomorrow.. night.

            Tersentap hati Ariana sebaik sahaja membaca pesanan dari Ilham itu. Terasa tidak berbaloi pula dia menunggu lelaki itu dari tadi. Apatah lagi dengan gaya bahasa Ilham yang begitu serius. Tidak seperti selalu. Gambar Ilham dan dirinya ditatap lama. Ada masalah kah Ilham? Dalam masa tidak sampai 24 jam kah lelaki itu mampu berubah. Seingatnya pagi tadi Ilham ada mengucapkan selamat pagi kepadanya. Tengahari tadi juga dia masih mendengar ceria suara Ilham ketika menghubunginya. Mengingatkan dia supaya cepat cepat membuat kata putus sama ada mahu turut serta atau tidak ke trip itu.
Masih tergiang giang kata kata manis Ilham yang memujuknya supaya menyertainya ke trip di terengganu. Ahhh.. akan ada perkara tidak baik kah selepas ini? Hatinya tertanya tanya. Tanpa membalas mesej Ilham, tanpa sedar Ariana akhirnya terlena dengan tangannya erat memegang Frame gambar mereka berdua.

No comments:

Post a Comment